MCA berhati-hati kerjasama Umno-Pas, kata Presiden MCA
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu mengambil perhatian terhadap ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang secara terbuka menawarkan 'tali silaturrahim' kepada Pas demi perpaduan Melayu Islam. - Foto TRP/Syahirah Roslan
KUALA LUMPUR, 12 Disember:
MCA mengambil pendekatan berhati-hati kemungkinan Umno akan bekerjasama dengan Pas.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu mengambil perhatian terhadap ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang secara terbuka menawarkan ‘tali silaturrahim’ kepada Pas demi perpaduan Melayu Islam.
“Kita sedar apa yang sedang berlaku, tetapi kami menentang hudud.
“MCA tidak menyokong undang-undang hudud, kita akan melihat sejauh mana perkembangan itu (kerjasama Umno-Pas),” katanya.
Liow berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan Negara dan Ancaman dari Islamic State (IS) anjuran Sekolah Pengajian Politik MCA di Wisma MCA, pagi ini.
Liow sebelum ini mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak pernah menyokong hudud Pas dan tetap akan berjuang menentang hingga ke akhir.
Sementara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Pas masih mempunyai Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) dengan PKR walaupun tidak lagi bersama DAP.
Beliau juga berkata bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk Umno mengamalkan ajaran Islam dan cara hidup Islam dalam setiap perkara dan berjuang tidak kira sama ada dalam politik, sosial atau aspek ekonomi.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/12/mca-berhati-hati-kerjasama-umno-pas-kata-presiden-mca/#ixzz3u66G2hEy
0 comments:
Post a Comment