Pages

Tuesday, 8 December 2015

Serangan peribadi Dr M - Hati Najib TERGURIS? “Saya bukanlah seorang pemimpin yang tidak mendengar nasihat"…

Selasa, 8 Disember 2015
8 hrs 
 

Agaknya ..!!! Apa yang Tun Mahathir perkatakan kepada PM Najib..?

Serangan peribadi Dr Mahathir mengguris hati Najib
 | December 8, 2015
Najib menyifatkan segala dakwaan dan kritikan yang dihadapinya masa kini sebagai cabaran yang perlu dihadapi.
Najib,-Mahathir
PETALING JAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini lebih kerap mengkritik kepimpinannya berbanding menegur pembangkang dalam tulisan di laman blognya sangat dikesali.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan ini menyebabkan beliau dan kepimpinan parti perlu melakukan pelbagai penjelasan kepada rakyat dan anggota parti berhubung setiap isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahatir.
“Saya mendapati banyak bersifat persepsi dan andaian tanpa disokong dengan bukti kukuh.
“Segala dakwaan dan kritikan yang dihadapinya masa kini sebagai cabaran yang perlu dihadapi.
“Perkara itu adalah lumrah yang harus dihadapi setiap pemimpin,” katanya dalam satu temu bual bersama stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015, lapor Bernama.
Beliau juga menyifatkan ia sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi dirinya sebagai seorang pemimpin dan menganggap ia sebagai ujian kepimpinan.
“Ujian inilah yang perlu saya lalui dan mudah-mudahan saya dapat teruskan amanah ini dengan sokongan parti sebab banyak lagi amanah yang perlu diteruskan untuk negara dan parti,” katanya.
Terdahulu, Najib akui beliau terguris hati dengan tindakan Dr Mahathir yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya.
“Beliau (Dr Mahathir) telah keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)…,” katanya.
Beliau juga memetik pandangan Dr Mahathir yang suatu masa dulu menyarankan pemimpin sewaktu dalam kerajaan, hargai sokongan yang tidak dalam kerajaan dan pada waktu di luar kerajaan, sokong orang dalam kerajaan.
“Itu yang dia (Dr Mahathir) selalu cakap… tapi saya tengok Tun ini dalam banyak hal, dia tidak amalkan apa yang dia cakap ketika dia dalam kerajaan,” katanya.
Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd., Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd., Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.
Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web  www.newsplus.my/live-tv.
Berhubung cadangan Dr Mahathir yang mahu supaya Majlis Tetua ditubuhkan untuk membimbing perdana menteri dalam urusan pentadbiran, Najib berkata perkara itu tidak pernah berlaku di Malaysia atau di mana-mana negara lain.
Malah, Najib menjelaskan tiada sebarang peruntukan dalam perlembagaan berkaitan penubuhan majlis itu, yang akan mengatasi kuasa Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO.
“Bukanlah saya tidak hormat dia (Dr Mahathir) sebagai negarawan tapi saya pegang pada prinsip bahawa saya adalah perdana menteri yang sah dipilih oleh rakyat. Saya juga adalah presiden yang dipilih oleh parti.
“Saya bukanlah seorang pemimpin yang tidak mendengar nasihat…tidak mendengar pandangan tetapi pada kesudahannya saya mesti buat keputusan atas apa yang saya fikir terbaik untuk negara dan parti,” katanya.
FMT.

No comments:

Post a Comment