Pages

Thursday, 3 March 2016

[Video] AMANAH tetap pilih Anwar bukannya Azmin calon Perdana Menteri.

Khamis, 3 Mac 2016
SOLIDARITI MAT SABU

AMANAH tetap pilih Anwar calon Perdana Menteri

 | March 3, 2016
Pakatan Harapan tetap dengan pendirian mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri dan tidak pernah menamakan Azmin sebagai pengganti.
Saari Sungib
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (AMANAH) tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon utama Perdana Menteri, kata Ahli Jawatankuasa Kerja AMANAH, Saari Sungib.
Beliau berkata, cadangan Datuk Zaid Ibrahim yang menamakan Datuk Seri Azmin Ali sebagai pemimpin paling sesuai menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak hanya pendapat individu.
“AMANAH masih melihat individu paling layak menggantikan tempat Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. DAP pun menyatakan perkara sama, malah saya tak nampak PKR ada calon lain selain Datuk Seri Anwar.
“Setakat ini belum ada kenyataan bersama dalam Pakatan Harapan (menyokong Azmin sebagai calon PM) namun saya yakin semua parti DAP, AMANAH dan PKR akan terus mengekalkan Datuk Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri,” katanya kepada FMT selepas menghadiri Forum Deklarasi Harta di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan,Datuk Saifuddin Abdullah meyambut baik cadangan yang dibuat Zaid itu.
Katanya, rekod Azmin sebagai Menteri Besar sangat baik, apabila mampu membawa perubahan kepada rakyat Selangor walaupun baru setahun lebih menerajui negeri.
“Sebagai ahli PKR kita rasa gembira apabila orang luar memberi penghargaan yang tinggi kepada pimpinan kita. Saya rasa Azmin sebagai Menteri Besar dalam masa setahun ini telah menunjukkan rekod yang baik, contoh bagaimana beliau berjaya menghasilkan bajet surplus untuk 2015.
“Malah banyak lagi inisiatif beliau dalam Bajet 2016 bagaimana untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sebagainya,” katanya.
Semalam, Zaid dalam sesi temubual dengan FMT menamakan Azmin sebagai calon Perdana Menteri paling sesuai jika Najib berundur.
FMT.

No comments:

Post a Comment