Pages

Thursday, 3 March 2016

[Video] Pakatan Harapan anjur Demontrasi Anti-GST 2 April...Sempena setahun GST.

Khamis, 3 Mac 2016



Pakatan Harapan akan mengadakan perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2 April ini, sehari selepas ulang tahun pertama cukai itu dilaksanakan.
Ini diumumkan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.
"Ini menunjukkan komitmen berterusan kami berhubung pendirian kami terhadap GST," katanya.
 Malaysiakini

PH anjur demonstrasi sempena setahun GST

 | March 3, 2016

Demonstrasi akan dilakukan pada 2 April depan, namun lokasi perhimpunan berkenaan masih lagi dirahsiakan.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) merancang untuk mengadakan satu demonstrasi secara besar-besaran bersempena setahun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata demonstrasi itu akan dianjurkan pada 2 April depan, namun lokasinya dirahsiakan.
“Oleh kerana 1 April sudah dekat, genap setahun GST diadakan. PH akan adakan himpunan anti-GST pada 2 April di suatu tempat,” ujarnya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Jelas beliau lagi, demomstrasi berkenaan diadakan sebagai komitmen PH yang menolak pelaksanaan cukai yang diperkenalkan sejak 1 April tahun lalu.
“Ia adalah komitmen PH. Pendirian PH menolak GST sejak dahulu lagi,” katanya.
Sebelum itu, Saifuddin turut menjelaskan PH akan mengadakan satu mesyuarat Majlis Presiden pada 7 Mac ini.
Ia dilakukan bagi membincangkan mengenai kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan juga langkah politik oleh pihaknya.

“Yang paling utama adalah Majlis Presiden akan bermesyuarat dan butiran selanjutnya setelah lama kita menghentam Najib menyelongkar isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad), dana RM2.6 bilion, Tabung Haji, dan apa seterusnya?” katanya.
FMT.
SOLIDARITI MAT SABU

No comments:

Post a Comment