Putrajaya tamatkan khidmat Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas
Kabinet hari ini bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan penasihat Petronas sejak beliau bersara dari kerajaan pada 2003. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.
Pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet berpendapat demikian kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.
"Kabinet hari ini sudah membincangkan tindakan-tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.
Beliau juga merupakan pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014. – Bernama, 11 Mac, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/kabinet-hari-ini-menamatkan-pelantikan-dr-mahathir-sebagai-penasihat-petron#sthash.pZpt4tWm.dpuf
No comments:
Post a Comment