Friday, 11 March 2016

BERBALOIKAH, Pembangkang + Team TUN M? Putrajaya tamatkan khidmat Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas

Jumaat, 11 Mac 2016

Putrajaya tamatkan khidmat Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas

Kabinet hari ini bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan penasihat Petronas sejak beliau bersara dari kerajaan pada 2003. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan penasihat Petronas sejak beliau bersara dari kerajaan pada 2003. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016. 

Pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet berpendapat demikian kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.
"Kabinet hari ini sudah membincangkan tindakan-tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara," kata kenyataan itu.
Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.
Beliau juga merupakan pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014. – Bernama, 11 Mac,  2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/kabinet-hari-ini-menamatkan-pelantikan-dr-mahathir-sebagai-penasihat-petron#sthash.pZpt4tWm.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena