Thursday, 17 March 2016

Sikap Pas yang 'cakap tak serupa bikin' tak konsisten perjuangkan hudud, kata AMANAH.

Khamis, 17 Mac 2016

Pas tak konsisten perjuangkan hudud

Parti Amanah Negara (Amanah) membidas sikap Pas yang 'cakap tak serupa bikin' apabila boleh membuat persetujuan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk menangguhkan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pendirian Pas itu mencerminkan sikap sebenar parti Islam itu kerana tidak konsisten dengan perjuangan mereka.

"Sebenarnya tiada beza dengan kami dahulu semasa dalam Pas sebelum menjadi Amanah. Kami mengatakan kalau hendak melaksanakan hudud, peraturan dan Perlembagaan Persekutuan mesti dihalusi dan dipatuhi dahulu.

"Itu saja ingatan kami dari dahulu juga, tetapi pada masa itu kami dituduh menjadi penentang hudud, pengacau dan sebagainya.

Perkara itu sama juga dengan DAP," katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu hudud tidak akan menjadi isu besar di antara gabungan Pas-Ikatan dalam membentuk blok pembangkang ketiga itu.

Katanya, walaupun bergabung dengan Pas, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga mendakwa Pas menganaktirikan ahli dan pimpinan sendiri berbanding bekas pemimpin Umno yang mahukan perjuangan Pas itu ditangguhkan.

"Kalau ia datang daripada mulut kami tak boleh diterima (tapi) datang daripada Ikatan, ia menjadi persetujuan baharu, saya rasa itu saja perbezaannya.

'Ia bukan perkara baharu sebenarnya, ia dibawa sejak dahulu lagi hingga kami terkeluar daripada Pas. Hanya perubahan berlaku, kita bercakap tidak kena, bila orang luar bercakap, boleh diterima," ujarnya.

KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena