Monday, 21 March 2016

Mahathir kata ahli Umno sekarang ketakutan...

Isnin, 21 Mac 2016

Mahathir kata ahli Umno sekarang ketakutan, jadi wajar singkir dari luar parti

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tindakan menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari luar parti wajar dilakukan kerana majoriti ahli parti Umno kini berada dalam ketakutan.

“Mereka juga mungkin terlalu selesa dengan layanan yang diberi Najib sedangkan jentera parti dan kerajaan BN jelas sudah lumpuh.

“Rakyat dan ahli parti sudah hilang hak untuk dapat perlindungan serta memilih pemimpin yang dimahukan.

“Faktor berkenaan menyebabkan tindakan di luar parti terpaksa dilakukan sedangkan sebenarnya, jika ahli-ahli Umno berani menolak Najib melalui suara ramai, maka kerjasama dengan parti lawan tidak perlu dibuat,” katanya menerusi tulisan di laman blog rasminya, chedet.cc.

Beliau berkata, tindakan parti lawan menyokongnya bukanlah kerana mereka setuju dengan bekas-bekas pemimpin kerajaan tetapi lebih kepada kesedaran terhadap kerosakan dialami negara di bawah pentadbiran Najib.

“Oleh sebab itu juga, mereka turut bersetuju agar Najib disingkir dan pandangan mereka adalah sama dengan pendapat bekas pemimpin Umno dan kebanyakan rakyat,” katanya.

Mahathir juga mendakwa Najib akan terus memainkan isu mengenai dirinya bersama Lim Kit Siang supaya tujuan Deklarasi Rakyat terpesong sepertimana ia memesongkan tujuan demonstrasi Bersih.
KDL

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena