CHRISTINA AROKIASAMY
Semalam Tv14 ada berkongsi mengenai tindakan Duta Makanan Malaysia iaitu Christina Arokiasamy mengkritik dan memburukkan Kerajaan Malaysia serta Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.
Namun tampil memberi penjelasan lanjut, pihak Matrade telah mengesahkan bahawa warga Amerika Syarikat berkenaan telah pun ditamatkan kontraknya mulai tahun lalu.
Penjelasan itu dibuat melalui satu jawapan yang diajukan kepada pihak Matrade di laman sosial Twitter.
“Kontrak beliau telah diberhentikan tahun lalu dan kenyataan dibuatnya adalah pandangan peribadi,” kata kenyataan Matrade tersebut yang menjawab soalan dari My Nation News.
Seorang wanita yang dilantik sebagai duta makanan Malaysia oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) hari ini menimbulkan kekecohan di laman sosial Facebook, apabila menganggap Malaysia sebagai sebuah negara korup.
Christina Arokiasamy, warga Amerika Syarikat yang berasal daripada Kuala Lumpur mula dilantik pada Oktober 2015 lalu bagi program Bespoke Malaysia Kitchen Premier, sebuah program televisyen memaparkan makanan Malaysia.
Program itu disiarkan di rangkaian Food Network Channel Amerika Syarikat bagi mempromosikan negara ini.
Duta Makanan Malaysia lantikan MATRADE di AS ‘sental’ kerajaan
Seorang wanita yang dilantik sebagai duta makanan Malaysia oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) hari ini membantai kerajaan Malaysia sebagai korup.
Memetik laporan bicara.news, Christina Arokiasamy, warga Amerika Syarikat yang berasal daripada Kuala Lumpur mula dilantik pada Oktober 2015 lalu bagi program Bespoke Malaysia Kitchen Premier, sebuah program televisyen memaparkan makanan Malaysia.
Melalui status Facebook, Christina bertelagah dengan beberapa pengguna tentang tindakan polis menahan dua wartawan Australia ketika cuba menemubual Perdana Menteri.
Christina antara lain menulis, “kerana kita ada kerajaan yang paling korup” dan “bangga menjadi rakyat Amerika.”
Christina juga mengakui, tugasnya lebih rumit dan memalukan dengan mendakwa Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang mendatangkan aib. Kerajaan yang melantiknya sebagai duta diterajui Perdana Menteri yang sama didakwanya sebagai memalukan.
Tindakan Christina itu turut dibidas pengguna lain yang mengingatkannya ia adalah kerajaan yang sama melantiknya sebagai duta.
Seorang pengguna turut menegur tindakan Christina itu dengan menyatakan masyarakat tidak memperdulikan hakikat wanita itu adalah rakyat Amerika Syarikat tetapi gelaran dijunjungnya sebagai Duta Makanan Malaysia bercanggah dengan pendiriannya.
Bagaimanapun Christina terus menulis, Malaysia sebagai negara mundur dan tidak pernah belajar.
“Biarkanlah Malaysia untuk orang bodoh yang tidak tahu negara lain di seluruh dunia adalah bebas,” tulisnya.
0 comments:
Post a Comment