Wednesday, 30 March 2016

PASIK sokong Najib subahat jenayah rasuah... Mereka sekarang menjadi tongkat kepada Umno-BN, kata Bekas Mejar TUDM

Rabu, 30 Mac 2016

Pas-Ikatan sokong Najib subahat jenayah rasuah 



Bekas Mejar TUDM, Zaidi Ahmad menyifatkan sikap Pas dan sekutunya, Ikatan untuk membiarkan Presiden Umno Mohd Najib Razak terus memerintah sebagai paling tidak bertanggungjawab bahkan bersubahat dengan jenayah rasuah. 

Beliau yang sebelum ini tampil mendedahkan isu dakwat kekal ketika pilihan raya umum ke-13 lalu berkata, kedua-dua parti itu seolah-olah tidak sedar Najib telah terlibat dengan tuduhan jenayah rasuah dan rompakan wang negara yang serius. 


"Presiden Ikatan 'bow tie' ni geng satu kapal dengan Pas. Orang lain sanggup kompromi perbezaan ideologi politik untuk bersatu selamatkan negara dari terus dimiskinkan oleh Rosmah dan Najib. 

"Namun, Ikatan 'bow tie' dan rakan sekutunya Pas sokong Najib terus memerintah dengan alasan mereka nak kalahkan Najib dalam pilihan raya konon," ujarnya sinis dalam satu kenyataan semalam. 

Mengulas kepincangan pengurusan kewangan negara di bawah pentadbiran Najib, beliau berkata, perkara tersebut perlu disiasat secara telus seterusnya dibicarakan di mahkamah. 

"Duit negara yang hilang terutama dalam kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad) perlu dibawa balik kembali tapi Pas dan sekutunya Ikatan tidak mahu ini semua berlaku sebaliknya mahu Najib dilepaskan begitu saja," bidasnya. 

Melihatkan dasar Pas yang mesra Umno mutakhir ini, Zaidi yang juga Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjangkakan rakyat akan menolak Pas di peti undi nanti. 

"Rakyat pastinya akan menghukum Pas pada PRU (pilihan raya umum) akan datang kerana terbukti mereka sekarang menjadi tongkat kepada Umno-BN," tambahnya


Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena