Thursday, 31 March 2016

DAP S'wak dakwa GST jadi 10% jika BN menang besar.

Khamis, 31 Mac 2016


Pemuda Amanah Serdang bersama Presiden Amanah Hj Mohamad Sabu di Majlis Mengumpul Dana Selamatkan Malaysia, Dialog & Ramah Mesra Bersama Pimpinan Amanah anjuran Amanah Serdang di Bangi Golf Resort.

DAP S'wak dakwa GST jadi 10% jika BN menang besar

DAP Sarawak mendakwa kerajaan akan menaikkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada sekurang-kurangnya10 peratus jika BN menang besar dalam pilihan raya negeri itu.
Ketua DAP negeri Chong Chieng Jen (gambar) mendakwa langkah itu akan diambil susulan kejatuhan harga minyak dunia dan kehilangan berterusan hasil kerajaan.
“Pilihan raya Sarawak akan menjadi ujian penerimaan rakyat terhadap GST; ia akan jadi saatnya untuk rakyat Sarawak menentang GST melalui undi mereka.
“Kejayaan BN akan dilihat sebagai restu kepada GST dan jika BN menang besar, besar kemungkinan GST akan dinaikkan kepada sekurang-kurangnya 10 peratus,” kata Chong.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.
Malaysia mula melaksanakan GST hampir setahun lalu pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri akan dibubarkan pada 11 April bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.
Pilihan raya ini akan menjadi ujian pertama buat Adenan yang menggantikan pemerintahan lama pendahulunya Tan Sri Taib Mahmud yang kini menjadi yang dipertua negeri.
Chong mendesak rakyat Sarawak menahan hasrat kerajaan menaikkan kadar GST walaupun pelaksanaan tidak dapat dibatalkan.
Beliau berkata bantahan terhadap GST harus dibuat dalam pilihan raya negeri.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena