Saturday, 19 March 2016

'LGE tu kafir'...Aku bela LGE? Kalau dia betul, apa salahnya aku bela sebab dia manusia macam aku juga.

Ahad, 20 Mac 2016

Apa bezanya isu Pembelian RUMAH GUA ENG dengan Pembelian RANGE ROVER NIK AMAR..???

Oleh Al-Ekhsan Mustaffa

Hari ini kecoh bab LIM GUAN ENG beli rumah dengan harga murah... yang kecoh tu pulak bukannya cybertrooper UMNO BN tapi sahabat lama dalam parti PAS dimana mereka seperti beruk dapat bunga apabila isu ini dilontarkan oleh MP BN dalam parlimen semalam...

Mereka menghubungkaitkan kes LIM GUAN ENG dengan kes KHIR TOYO yang telah didapati bersalah dahulu... so far bab salah tak salah nie saya malas sentuh dan serahkan ia kepada SPRM...

Yang saya nak sentuh disini ialah jawapan LIM GUAN ENG berkenaan isu tersebut..

SINAR HARIAN - 19/03/2016

Transaksi jual, beli banglo dibuat secara rela hati

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengadakan sidang akhbar berkaitan isu banglo dua tingkat bernilai melebihi RM2.8 juta yang beliau beli di Jalan Pinhorn, di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak hari ini. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mendakwa transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan.

Guan Eng berkata, transaksi itu berasaskan kesanggupan secara bebas dan rela hati di antara beliau dan penjual yang membawa kepada rumah jenis banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn yang berusia 30 tahun itu dibeli dengan harga berkenaan.
"Saya membeli dengan mengambil pinjaman bank sebanyak RM2.1 juta dan baki RM700,000 dibayar secara tunai berdasarkan apa yang saya terima (gaji) sebagai Ketua Menteri dan wakil Rakyat.

"Kontrak penjualan rumah ini umpama seperti perkahwinan - ia terpulang kepada kedua-dua pihak masing-masing secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai atau teman yang sesuai," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) hari ini.

Semalam, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Shabudin Yahaya yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor telah meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) untuk membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.

Guan Eng yang enggan menerima sebarang soalan berhubung isu itu, hanya membaca kenyataan dan turut mencabar Shabudin untuk bersemuka secara satu-sama-satu di hadapan media massa di pejabatnya untuk berbincang berhubung isu berkenaan.

"Saya akan menunggu Shabudin di pejabat pada Ahad ini 20 Mac, 11 pagi untuk berbincang dan mencari kebenaran daripada fakta, di hadapan semua media," katanya.

Katanya, adalah tidak benar untuk mengaitkan pembelian rumahnya pada tahun 2015 dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada tahun 2012 apabila penjualan tanah itu dijalankan melalui tender terbuka yang kompetitif.

Shabudin turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). - Bernama

Jika dilihat jawapan LIM GUAN ENG ia ada ayat membeli rumah tersebut keputusan kedua belah pihak dimana tuan rumah rela hati nak jual dengan harga tersebut...

dan saya nak kaitkan cara pembelian rumah LIM GUAN ENG dengan cara pembelian kereta RANGE ROVER oleh NIK AMAR dimana beliau juga mendapat offer dari kawan dia untuk membeli kereta tersebut dengan harga rendah dari pasaran....

ASTRO AWANI :27/08/2015

Mohd Amar mengaku beli Range Rover


KUALA LUMPUR: Setelah tersebar di media sosial dakwaan memiliki beberapa kenderaan mewah, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan empat roda Range Rover bernilai RM200,000.

Harakahdaily melaporkan naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).

"Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

Namun Harakahdaily tidak melaporkan sama ada pendapatan Mohd Amar selaku timbalan menteri besar melayakkan beliau memiliki beberapa buah kereta mewah seperti yang tersebar di media sosial.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pula didakwa membina lima rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta.

Namun ia dinafikan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud yang menjelaskan dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.

"Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta," katanya.

Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud.

"Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

"Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi menteri besar dan memulangkan kembali elaun yang sepatut diperolehnya kepada kerajaan negeri," katanya.

Jadi pesanan kepada kawan2 lama tak payah lah kot nak berpolitik macam nie....jangan seronok sangat lihat salah orang sedangkan apa yang berlaku dalam kain kita sendiri kita buat2 tak nampaknya..

Jika LGE salahguna kuasa silakan tak ada masalah...SPRM ada dan nak takut apa SPRM bab nak cari kesalahan pembangkang memang cekap dan pantas jadi kita serah kpd mereka....

Macam kata kawan kita nie.

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Kalau LGE beli kondo tu secara salah guna kuasa, rasuah, tidak ikut peraturan atau merampas hak orang lain, sila ambil tindakan undang-undang.

Tapi kalau nak ambil tindakan kerana banglo tu lebih mahal berbanding rumah presiden parti Pas, itu nak pakai undang-undang mana?

LGE tiru Umar bin Abdul Aziz dalam perkara yang dia boleh tiru. Sama macam presiden parti Pas tiru Nabi dalam perkara yang dia mampu tiru. Bukan semua orang mampu tiru idola mereka dalam semua perkara.

LGE tu kafir. Biasalah orang sepertinya sukakan nikmat dunia. Takkan nak paksa dia hidup macam presiden parti Pas yang muslim.

Jika dia mampu jadi ketua negeri yang baik dan amanah, itu sudah bagus berbanding ketua negeri beragama Islam yang baham balak dan baham tanah.

Aku bela LGE? Kalau dia betul, apa salahnya aku bela sebab dia manusia macam aku juga.

SUMBER :Syssss
Kedah Lanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena