Saturday, 19 March 2016

Orang Islam tak sensitif rasuah...Cerita bab RM2.6 bilion pun orang tak sensitif.

Sabtu, 19 Mac 2016
MASIH INGAT, pada mulanya Najib menafikan duit RM2.6 bilion takkan masuk dalam akaun peribadi Najib.. Last2 kantoi gak, SPRM sendiri mengesahkan mmg wujud masuk dlm akaun peribadi Najib sendiri !!!

SEKARANG, Najib terus menjaja cerita lagi hari ini kat Kuantan... 'Kalau nak rompak, dah lama saya rompak'....

Anda boleh fikir dan menilakannya sendiri wajah sebenar pemimpin munafik yang suka berbohong...

Orang Islam tak sensitif rasuah


ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan masyarakat Islam pada masa kini tidak sensitif terhadap isu dan kesalahan rasuah.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, perkara itu menyebabkan banyak negara Islam termasuk Malaysia ketinggalan dalam pelbagai bidang.“Orang Islam kurang sensitif dengan rasuah. Itu pelik. tapi orang Cina yang tak pergi solat Jumaat dan tak dengar hadis pun boleh sensitif.

“Tapi kenapa orang Islam yang dengar khutbah boleh ketinggalan dalam pelbagai bidang. Sedangkan ia merupakan didikan awal oleh Nabi Muhammad,” katanya pada ucapan sempena bicara petang Pakatan Harapan di hadapan flat Seberang Perak, Jalan Seberang Perak, di sini, semalam.

Menurutnya, kuliah agama juga sering menyebut tentang kesalahan rasuah, namun masyarakat Islam tidak mempedulikannya.

“Kalau nak negara maju orang Islam mesti cantik akhlak dan bebas rasuah. Tapi cerita bab RM2.6 bilion pun orang tak sensitif.

“Kita bukan bimbang orang lihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi pandangan masyarakat luar terhadap ajaran Islam,” katanya.

Beliau turut mengambil contoh tentang Pulau Pinang yang dipimpin DAP mencatatkan jumlah hutang paling sedikit dengan kerajaan persekutuan, berbanding negeri lain.

“Tapi kenapa bukan Kelantan, negeri orang Islam yang perintah. Sebab mereka (DAP) tak ada ketirisan,” katanya.
KDL.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena