Ayuh bangkitkan kesedaran dengan hashtag
#PRAY4TURKEY #PRAY4ANKARA
#PRAY4TURKEY #PRAY4ANKARA
Muslim4Life added 4 new photos.
Letupan bom mengegarkan bandar di Turkey terjadi di taman kota Kizilay, ibukota Ankara Turki. Letupan menyebabkan 34 meninggal dunia dan lebih 100 orang tercedera.
KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ISU PENGEBOMAN DI TURKI OLEH BIRO ANTARABANGSA PEMUDA AMANAH NASIONAL
Sejak awal tahun ini, aktiviti pengeboman semakin berleluasa di bumi Turki. Bermula dengan pengeboman oleh IS pada Januari di kedutaan Jerman di Istanbul, ia diikuti pula oleh pengeboman kepada pasukan militari Turki di Ankara pada Februari. Dalam bulan Mac sahaja sudah berlaku pengeboman di Ankara yang membunuh 35 nyawa oleh puak militia Kurdish, diikuti pengeboman di kawasan tumpuan ramai di Istanbul yang meragut nyawa 4 orang awam yang berlaku pada hari ini. Kejadian ini pastinya mengakibatkan pemerintahan kerajaan di bawah pimpinan Erdogan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, di samping wujudnya ketakutan di kalangan rakyat dan pelancong luar negara ke Turki.
Pemuda AMANAH Nasional melihat isu ini sebagai satu agenda untuk melemahkan kerajaan Turki yang semakin hari kita lihat bakal menjadi kuasa besar negara Islam di dunia. Kita tidak pasti apakah motif atau konspirasi yang berlaku di sebalik siri pengeboman ini yang datangnya daripada pelbagai pihak yang memusuhi kerajaan Turki. Namun begitu, pastinya siri pengeboman ini akan memberikan kesan kepada Turki dan menjatuhkan imej Turki di mata dunia.
Pemuda AMANAH Nasional ingin menyampaikan perasaan dukacita, kesal dan simpati kami atas apa yang berlaku. Kami berharap mudah-mudahan kerajaan Turki akan bangkit semula menentang penjenayah-penjenayah ekstrim yang ingin menggugat keharmonian negara tersebut dan negara-negara majoriti umat Islam yang lain.
Pemuda AMANAH Nasional juga suka mengingatkan kepada warga belia di Malaysia khususnya, bahawa golongan orang muda adalah golongan yang mudah dihasut dan didoktrinkan untuk menjayakan agenda-agenda puak-puak pelampau. Namun begitu, seandainya kita mempunyai ilmu dan jatidiri yang kukuh, kemahiran berfikir yang kritikal dan bersandarkan dengan pengajaran ilmu agama yang benar, hidup dengan penuh kesederhanaan dan tidak melampaui batasan, pastinya agenda-agenda pelampau ini dapat ditumpaskan.
Pemuda AMANAH Nasional juga mengharapkan mudah-mudahan kita semua tidak tergolong di kalangan puak pelampau yang boleh menggugat kestabilan landskap politik, ekonomi dan sosial negara. Sama-samalah kita menggunakan saluran yang dibenarkan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kita pada pentadbiran di negara ini, dan bersama-samalah kita mendidik masyarakat di sekeliling kita, agar peka dengan isu-isu pelampau yang melanda dunia Islam, mendoakan kesejahteraan ummah di mana-mana sahaja mereka berada dan sentiasa berhati-hati, agar fahaman ekstrem dapat dibendung daripada menerobos masuk ke negara yang kita cintai ini.
Disediakan oleh
Dr Mohammad Tazli bin Azizan
Pengarah Hubungan Antarabangsa
Pemuda AMANAH Nasional
Pengarah Hubungan Antarabangsa
Pemuda AMANAH Nasional
APA YANG BERLAKU DI TURKI PADA SAAT INI?
Ramai juga yang tertanya siapakah dalang kepada letupan berani mati yang seringkali dilakukan di Turki. Nama-nama organisasi seperti PKK, YPG, PYD dan ISIS sering dikaitan sebagai dalang kepada operasi jahat ini. Ramai yang mengatakan Turki akan menjadi tidak aman sepertimana Negara-negara lain yang berhampiran dengannya seperti Syria, Iraq dan Mesir.
Namun ini kami katakana bahawa situasi di Turki adalah berbeza dengan Negara-negara arab yang lain. Apa yang terjadi di Turki bukanlah kerana Revolusi atau ketidakpuasan hati rakyat Turki namun apa yang terjadi sekarang di Turki adalah kerana perasaan hasad dengki dan juga campur tangan kuasa luar yang tidak mahu Turki terus berada dalam keadaan aman dan bergerak lebih maju kehadapan.
Namun sebelum kita berbicara lebih mengenai situasi semasa, kita perlu melihat kepada sejarah dan asal usul punca mengapa perkara ini terjadi dan bagaimanakah permusuhan dan perselisihan antara golongan berhaluan kiri ini bermula di Turki. Situasi yang berlaku pada hari ini bertitik tolak apabila Penubuhan Republik Turki pada tahun 1922 yang secara langsung menamatkan sistem pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah ini telah menafikan sebarang hak bangsa lain selain Turki.
Semasa era Khilafah Uthmaniyyah, bumi Uthmaniyyah ini tidak hanya didiami oleh orang berbangsa Turki, namun ia adalah sebuah “Devlet-i Aliyye Uthmaniyah” yang mempunyai rakyat yang berbagai bangsa, bahasa dan agama. Ia adalah sebuah kedaulatan yang menghormati dan meraikan perbezaan bangsa, bahasa dan agama seperti mana yang telah diajarkan oleh junjungan besar kita Rasullullah s.a.w dan juga dinyatakan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Hujarat : 13 :
(Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal)
Hal ini sudah diamalkan oleh Daulah Uthmaniyyah sejak ratusan tahun, hatta sejak Daulah ini ditubuhkan pada tahun 1299 lagi.
Namun apabila perjanjian “Skyes-Picot” pada tahun 1916 dilaksanakan semasa perang dunia pertama, kedaulatan yang mempunyai berbeza bangsa, ras kulit, bahasa dan agama ini mula dipecah-pecahkan mengikut kaum dan mulanya tertubuh Negara-negara bangsa yang membangkitkan ideologi nasionalism yang sempit. Umat manusia yang hidup bersama-sama dalam kepelbagaian dan keunikan ini mula dipecah-pecahkan mengikut bangsa dan bahasa mereka. Ruh surah Al-Hujarat ini mula dinafikan dan dilupakan, Umat islam tidak lagi bersatu atas pegangan aqidah, namun bersatu atas pegangan bangsa dan bahasa.
Namun tidak semua bangsa bernasib baik, bangsa seperti Kurdi, Ahiska, Rohingya, Moro, Pattani dan banyak lagi bangsa lain dinafikan hak tanah mereka. Bangsa-bangsa ini hilang tempat tinggal, hilang hak mereka untuk berbicara dalam bahasa mereka dan menjalani kehidupan harian mereka dalam budaya dan cara hidup mereka sendiri. Mereka seringkali berada dalam tekanan dan hidup dalam pelarian di tanah mereka sendiri. Bangsa-bangsa yang tidak bernasib baik ini, selepas hidup dalam tekanan pada satu tempoh masa mula meminta dan berjuang untuk mendapatkan wilayah autonomi mereka sendiri sepertimana bangsa lain yang sudah sekian lama menikmati kebebasan ini.
Bangsa-bangsa yang dinafikan hak mereka ini selalunya mendiami kawasan yang jauh dari pembangunan dan juga pendidikan, akses kepada maklumat dan berita semasa, menjadikan mereka terbuka kepada eksploitasi golongan berkepentingan. Sentimen perkauman dan dendam lama sering dimainkan. Modus operandi seperti ini sudah sekian lama digunakan di tempat-tempat lain yang mengalami situasi yang sama.
Di Turki, masyarakat Turki yang ditindas sekian lama sejak zaman penubuhan republik dieksploitasi kuasa antarabangsa seperti Israel, Amerika dan Rusia. Ini jelas apabila Amerika masih degil untuk menyenaraikan PKK (Partiya Karkerên Kurdistanê/Parti Buruh Kurdistan) atau proksi mereka di Syria YPG (Yekîneyên Parastina Gel/People Protection Party), PYD (Partiya Yekîtiya Demokrat/Democrate Union Party) sebagai kumpulan pengganas, sungguhpun mereka secara terang-terang mengaku bahawa mereka bertanggungjawab ke atas serangan-serangan letupan berani mati di Ankara dan Istanbul. Kedegilan ini bertolak titik dari pendirian Amerika yang mahu menjadikan YPG/PYD/PKK sebagai proksi mereka dalam mengekalkan kuasa mereka dan mengekang pengaruh ISIS di rantau ini. Campur tangan Amerika ini jelas dilihat daripada isu Laut Hitam yang masih belum selesai. Sehingga saat ini, senjata-senjata api masih dibekalkan oleh Amerika kepada puak pengganas ini , atas alasan agar “ melemahkan dan mengalahkan ISIS” seperti di katakan President Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Apa yang dialami oleh kepimpinan dan rakyat Turki pada saat ini adalah serangan keatas kedaulatannya, bukannya seperti revolusi yang berlaku di Syria, Iraq, Libya ataupun Mesir. Apa yang Turki perlukan pada saat ini adalah sokongan dari masyarakat dunia dan persepakatan dari masyarkat dunia dalam mengecam tindakan ini. Turki pada saat ini dicemburui pelbagai pihak luar seperti Amerika, Iran, Israel, Russia atas kejayaannya dalam pembangunan dan juga kemajuan yang dicapai Turki akhir-akhir ini.
Turki, salah satu Negara majoriti Islam yang berjaya memimpin Negara melalui pemilihan demokratik pada saat ini diserang dari setiap sudut, ini dapat dilihat dari liputan dari media antarabangsa yang bersifat berat sebelah dalam melaporkan berita mengenai Turki dan juga suka mensensasikan berita-berita yang berlaku di Turki agar orang ramai takut untuk melabur di dalam Turki mahupun datang melancong ke Turki.
Apa yang dimahukan oleh kuasa-kuasa luar terutamanya Amerika, Israel, Iran dan Negara-negara lain yang mencemburui Turki adalah untuk memusnahkan keamanan yang dikecapi Turki yang kini mula membangun dari setiap sudut. Sepertimana saranan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, seluruh umat Islam perlu bangun dan memberi sokongan kepada kepimpinan Turki pada saat ini. Sungguhpun ia tidaklah sempurna dan masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, pada saat ini hanya Turki lah satu-satu Negara yang tegas dan bangkit dalam menyuarakan isu-isu umat Islam yang ditindas di seluruh dunia seperti di Somalia, Masyarkat Rohingya, Palestin, Syria dan lain-lain.
Kami menyeru anda semua untuk terus menyokong dan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada masyarkat Islam di Turki. Jalinkan hubungan dengan umat Islam di Turki dari apa jua suduh, ekonomi, pendidikan, pelaburan, perniagaan dan juga ketenteraan. Turki memerlukan kita semua.
Kredit : FB Said Imaddudeen
0 comments:
Post a Comment