Inilah dia 4 pimpinan PAS yang tak wala pada arahan parti jangan sertai Deklarasi Selamatkan Malaysia..??
ia berdasarkan daripada senarai mereka yang menandatangani Deklarasi Selamatkan Malaysia
Posted by Kedah Lanie
AHLI PAS DILARANG HADIRI KEMPEN ANTI NAJIB, ARAHAN PRESIDEN PAS
Presiden Pas Tuan Guru Haji hadi dan Tuan Guru Dr Haron Din Majlis syura Ulamak Pas tidak benarkan Ahli Pas terlibat Himpunan Anti Najib atau berdepan dengan tindakan dari badan disiplin Pas.
PAS TAK SERTAI MAJLIS DEKLARASI SINGKIR NAJIB ESOK
BANGI, Khamis – PAS tidak akan menyertai majlis menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan, esok, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Keputusan itu yang dikeluarkan menerusi satu kenyataan selepas mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat di ibu negara
hari ini, bagaimanapun turut menegaskan bahawa parti itu menuntut supaya Dewan Rakyat dibubarkan segera.
Beliau berkata, PAS menghargai pelawaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti itu sama-sama hadir dalam majlis berkenaan.
“Keputusan untuk tidak menyertai program itu dibuat kerana PAS mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri khususnya melalui Blok Politik Ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara yang ada pada hari ini melalui saluran yang demokrasi dan berperlembagaan,” katanya.
Selain itu, katanya, PAS juga membuat keputusan untuk menghadap Majlis Raja-Raja bagi menyembah cadangan supaya satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi mengadakan siasatan yang menyeluruh terhadap isu 1Malaysia development Berhad (1MDB), dana RM2.6 billion, skandal SRC International dan isu-isu lain yang berkaitan sebagaimana juga yang telah dititahkan oleh Persidangan Majlis Raja-Raja, baru-baru ini.
Dalam hal ini juga, PAS katanya, konsisten dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera sebagai suatu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pemerintahan negara.
“Bagi menyelesaikan polemik semasa yang tiada penghujungnya kini serta keengganan kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak, PAS menuntut supaya Parlimen Malaysia dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat bagi menggantikan Kerajaan Pusat hari ini yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kelemahan urus tadbir.
“Selaras dengan itu, PAS mengajak seluruh rakyat untuk bersama PAS dan Blok Politik Ketiga sebagai alternatif menggantikan kerajaan hari ini ke arah membina negara Malaysia yang lebih baik, sejahtera dan cemerlang,” katanya.
No comments:
Post a Comment