Pages

Friday, 4 March 2016

Senarai 58 'Individu Besar' yang hadir Deklarasi Rakyat Anti-Najib...Bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.

Jumaat, 4 Mac 2016
Serama 58 individu hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi 'Selamatkan Malaysia'.

Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.

Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Maria Chin Abdullah

S Ambiga

Mustapa Ali

Zaid Ibrahim

Lim Kit Siang

Ling Liong Sik

Muhyiddin Yassin

Mahathir Mohamad

Mohamed Azmin Ali

Sanusi Junid

Muhkriz Mahathir

Mohamad Sabu

Husam Musa

Mahfuz Omar

Khairuddin Aman Razali

Tamrin Ghafar

Hishammudin Rais

Salahuddin Ayub

A Kadir Jasin

Muhammad Muhammad Taib

Elizabeth Wong

Kamaruddin Jaafar

Mujahid Yusof Rawa

Teresa Kok

Tian Chua

Anthony Loke

Hasanuddin Mohd Yunus

Khairuddin Abu Hassan

Sementara itu, pengacara majlis Syed Saddiq memberitahu terdapat beberapa pemimpin yang tidak hadir tetapi menyatakan sokongan mereka terhadap gerakan 'Selamatkan Malaysia'.

Mereka termasuk, Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Zaman Khan, Mathias Chang dan Tony Pua.

----------------------------
Berikut adalah teks penuh Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis deklarasi anti-Najib hari ini:

1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial datam negara.

2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.


* Terdapat 37 perkara Deklarasi Rakyat
BLM.

No comments:

Post a Comment