Pages

Saturday, 5 March 2016

“Kita semua hipokrit, selamatkan Malaysia”? Fahmi Reza lukis kartun Dr Mahathir dan gerakan jatuhkan Najib pula.

Sabtu, 5 Mac 2016

Fahmi Reza lukis kartun Dr Mahathir dan gerakan jatuhkan Najib pula 

Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza berkata kerja seninya bertujuan untuk menarik perhatian kepada ketidakrasionalnya pemimpin negara serta situasi politik semasa, yang dirasakan beliau layak diketawakan. – Gambar  Facebook Fahmi Reza, 5 Mac, 2016.
Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza berkata kerja seninya bertujuan untuk menarik perhatian kepada ketidakrasionalnya pemimpin negara serta situasi politik semasa, yang dirasakan beliau layak diketawakan. – Gambar Facebook Fahmi Reza, 5 Mac, 2016. 

Kali ini, grafik itu memaparkan sekumpulan pemimpin berpegang tangan, kelihatannya menyerupai Dr Mahathir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas sidang akhbar yang dihadiri mereka semalam mengumumkan agenda bersama menyingkirkan Najib daripada jawatannya. 
Kata-kata dalam poster itu berbunyi “Kita semua hipokrit, selamatkan Malaysia”. 
Sejak dimuatnaik dalam akaun Facebooknya semalam, poster itu pantas tersebar dan sudah meraih lebih daripada 4,000 likes. 
Dalam satu catatan hari ini, Fahmi berkata, kerja seninya itu bertujuan menarik perhatian kepada ketidak rasionalnya pemimpin negara serta situasi politik semasa, yang dirasakan beliau layak diketawakan.
“Tetapi orang ramai tahu, ada sedikit sebanyak kebenaran di sebalik jenaka ini, di sebalik satira ini.
“Saya percaya, ketidakpatuhan dan penentangan penting dalam sebuah demokrasi.
“Terutamanya ketidakpatuhan kepada pemimpin dan ahli politik yang korup.
“Saya lihat bentuk seni dan satira yang saya hasilkan ini sebagai alat membangkitkan kesedaran, menyedarkan rakyat, sebagai saluran memprotes, sebagai alat menggesa perubahan di Malaysia.
“Apabila menyentuh ahli politik, peraturan umum saya ialah: jangan percayakan ahli politik, tidak kisah dari parti mana, tidak kira sehebat mana mereka. Semuanya hanya satu pertunjukan,” katanya.
Fahmi dipanggil polis selepas mengeluarkan poster pertama badutnya memaparkan Najib dengan kata-kata, “Pada 2015, Akta Hasutan digunakan sebanyak 91 kali. Tapi dalam negara yang penuh dengan korupsi, kita semua penghasut”
Poster itu ialah tindak balas kepada keputusan peguam negara menutup siasatan terhadap wang RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi Najib.
Sebuah akaun Twitter baru yang diwujudkan khas Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (@OfficialPcirc) kemudiannya memberikan amaran kepada Fahmi yang beliau sedang diperhatikan.
Fahmi sedang disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kanun Keseksaan. – 5 Mac, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/fahmi-reza-lukis-kartun-dr-mahathir-dan-gerakan-jatuhkan-najib-pula#sthash.3Pkvls7a.dpuf

No comments:

Post a Comment