Pages

Friday, 13 May 2016

Apa 'hebatnya' PAS sampai menghalang PH nak letak calon! & Apa pulak 'hebatnya' BN kertas A4 sekolah pun nak mintak dengan rakyat?

Sabtu , 14 Mei 2016
Page Liked · May 11
~Dulu makan sardin sebab susah. Sekarang nak makan sardin pon susah.. hahahaaaa...!! Hancusss. 
Page Liked · 22 hrs
Kertas A4 utk sekolah rendah pun dh kerajaan dah x mampu bekal kan...

Rovers Rovers Ni la masalahnya... Bila tak mampu mentadbir negara dgn baik... akhirnya mak bapak/rakyat jugak ditekan. Dah la rakyat tertekan dgn kesempitan eknomi lain lagi... Kertas A4 pun nak mintak dgn rakyat?! Abis bos2 kementerian dan sewaktu dengannya naik kereta kerajaan kesana kemari, ofis bangunan besar bil letrik ribu riban bla bla bla.... Itu duit rakyat semua tu!!! Ni la yg ada kuasa terus senang yg bawahan terus di himpit...

Apa hebatnya PAS sampai menghalang PH nak letak calon, antara PH & PAS bukan ada kerjasama apa pun

Jangan ganggu usaha kalahkan UMNO, kata PAS Perak kepada PH

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak perlu meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kerana ia hanya akan ‘mengganggu’ usaha menewaskan UMNO, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Malah kalau pun PH bertanding, katanya lagi, mereka tidak akan menang dan malah tidak akan mendapat undi yang lebih tinggi daripada PAS, katanya lagi.

“Kehadiran mereka hanya memecahkan undi pembangkang dan memberi kelebihan kepada UMNO.

“PAS tidak ada persetujuan dengan PH, tetapi jika mereka fikirkan matlamat utama iaitu menewaskan UMNO, seharusnya mereka memberi laluan kepada kita,” katanya ketika dihubungi FMT.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga membuat gesaan sama pada hari ini.

Pengarah Strategi AMANAH, Khalid Samad pula membayangkan Pakatan Harapan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi Parlimen, namun menyambut baik cadangan agar perbincangan dibuat bersama-sama PAS bagi menjamin satu lawan satu.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini mengumumkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, berikutan kematian ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak minggu lalu.

Pada pilihanraya Umum yang lalu, Wan Mohammad Khairil menewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding di bawah tiket bebas dengan majoriti 1,082 undi.

Menurut Razman, peluang PAS untuk merampas Kuala Kangsar pada PRK ini lebih cerah memandangkan perpecahan dalaman Umno di sana yang menurutnya telah berlaku sejak sekian lama.

“Sebelum ini, Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas sehingga dipecat Umno.

“Tambahan pula Kuala Kangsar juga tempat Rafidah Aziz dan masih ramai penyokong. Beliau kini dilihat sebagai ‘kem’ pro-Mahathir, ini mencerahkan lagi peluang PAS,” katanya lagi.

Bekas Ketua Wanita UMNO itu menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lima penggal, bermula tahun 1986 sebelum mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusinya pada PRU yang lalu.
KDL.

No comments:

Post a Comment