Kes bunuh di malaysia yg x penah terjawab smpai ke arini..siapakah yg patut btngjwb dlm hal ini..?
Tidak ada salah laku seks manusia ke atas ibu kambing – Veterinar
Jabatan Veteriner melalui ujian makmal mengesahkan tidak ada asid deoksiribonukleik (DNA) manusia pada anak kambing “berwajah manusia” di Kota Tinggi, Johor seperti diviralkan di media sosial.
Ketua Pengarah Veterinar Datuk Kamarudin Md Isa berkata secara genetik anak kambing itu tidak normal dan ia mati dalam kandungan.
“Ia merupakan satu keganjilan janin, semua pihak diminta menghentikan spekulasi negatif dan tidak menyebarkan fakta tidak benar.
“Tidak ada isu yang mengatakan anak kambing itu adalah hasil salah laku seks manusia ke atas ibu kambing. Itu persepsi salah,” katanya dipetik Bernama.
Pada 24 April lalu, seorang peneroka di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi terkejut apabila kambing peliharaannya melahirkan seekor anak berwajah pelik yang didakwanya seakan-akan manusia, termasuk berhidung kemek dan berkaki pendek.
Sampel anak kambing berkenaan diuji di Makmal Veterinar Johor Bahru akhir bulan lepas, kata Kamarudin lagi.
Keganjilan janin merupakan satu perkara yang biasa berlaku dalam kalangan haiwan namun peratusannya adalah sangat kecil iaitu satu peratus, katanya.
Tambah beliau, antara faktor yang menyebabkan keganjilan janin ialah kurang zat dan jangkitan penyakit.
No comments:
Post a Comment