Pages

Wednesday, 18 May 2016

Jatuhkan Umno-BN tetap agenda pembangkang, tegas Khalid...Jangan 'diungkitkan' lagi isu 1MDB?

Rabu, 18 Mei 2016
Page Liked · 13 mins

Ini seperti nak menakutkan orang ramai supaya jangan diungkitkan lagi isu 1MDB.. !!!
Tahniah KDN..
Tahniah DS Zahid..

Jatuhkan Umno-BN tetap agenda pembangkang, tegas Khalid

Khalid Abdul Samad
Parti politik pembangkang tetap akan meneruskan agenda untuk menumbangkan rejim Umno-BN bukan sekadar menjatuhkan Najib Razak, tegas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad.
Menjawab sentimen anti Mahathir di sebalik Deklarasi Rakyat dalam satu debat di ibu negara malam tadi, beliau berkata, rakyat perlu bangkit menentang pemimpin zalim yang sedang memerintah bukan menentang pemimpin pencen.
"Tujuan kita ialah keluarkan satu kenyataan yang boleh dipersetujui semua pihak. Dulu dia (Mahathir) ada kuasa, sekarang tidak. Apa kita nak takut?
" Dia ada tipu helah, tidak bererti kita (pembangkang) tidak boleh mengatasi agenda Mahathir. Walau apa agenda dia, agenda kita akan diteruskan.
"Deklarasi Rakyat tidak menghalang kita untuk menjatuhkan Umno-BN. Saya nak tahu, tunjukkan pada saya apa yang anda tak setuju (dalam deklarasi)?" soalnya kepada barisan panel anti deklarasi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).
Mengulas tuduhan kononnya Pakatan Harapan bersikap dayus kerana boleh bersama Mahathir dalam deklarasi itu, Khalid berkata, kerjasama dengan pihak lain tidak dapat dielak ketika sukar bertindak sendirian.
"Kalau kita mahu ungkit semua, kita tidak boleh kerjasama dengan orang lain. Kita sebenarnya cuba buat yang terbaik, cari perkara asas untuk kita berkerjasama. Mahathir sendiri cakap tak cukup kuat untuk menjatuhkan Najib seorang diri.
"Betul petisyen ini kemungkinan besar tidak mengubah kerajaan tetapi adakah menghalang rakyat untuk menjatuhkan Umno? Tidak," tegasnya di hadapan lebih 100 hadirin termasuk ahli Otai Reformasi dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Mengakui beliau sendiri tidak akan memaafkan Mahathir atas segala kepincangan yang berlaku, Khalid juga beberapa kali membandingkan sikap Pas dengan pihak yang menolak peranan Mahathir dalam deklarasi itu.
"Saya teringat parti lama (Pas) dulu, tetap nak hudud. Kita kena realistik, sedar hakikat pada masa ini. Kita cuba nak menyatu-padukan lebih ramai rakyat termasuk mereka yang tidak sokong pembangkang.
"Ini untuk membantu kita (menarik sokongan) pengundi Melayu. Kita mahu pecahkan kongkongan minda Melayu. Sebelum ini, kita buat macam-macam, setakat itulah saja," jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu dalam 'Debat Perdana - Deklarasi: Mana Pergi Rakyat' anjuran SAMM.
Pecahkan sokongan rakyat
Sementara itu, bagi Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan, deklarasi yang dilancarkan 4 Mac lalu hanya memporak perandakan rakyat dan pihak pembangkang sehingga mewujudkan lebih banyak perpecahan banyak pihak.
"Kita ingat Umno yang pecah tapi kehadiran Mahathir pecahkan semua. Pakatan Rakyat pecah, masyarakat sivil pecah. Rakyat diseru memaafkan Mahathir. Jadi, lepas ini kita kena maafkan Najib? Mana logiknya?
" Deklarasi ini satu deklarasi elit, bukan rakyat. Ini dibuat secara rahsia. Ini polisi 'top down'. Kita tidak mahu rakyat diperbodoh. Ambiga kata empat hari (proses menyiapkan kandungan deklarasi). Kita jangan buat satu deklarasi yang cacat," bidas Arut.
Walau bagaimanapun, bekas Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan menyanggah pendapat Arut dengan berpendapat orang ramai menyokong Deklarasi Rakyat termasuk menandatangani petisyen mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
"Dalam tempoh dua bulan, 1.2 juta rakyat tidak bersetuju dengan kamu, Arul (menandatangani petisyen). Kami dapati sokongan orang ramai luar biasa. Masa kami turun padang memang ramai yang susah hati, betul-betul bimbang dengan apa yang berlaku," ujarnya.
Peguam berkenaan juga menyatakan tiada paksaan untuk rakyat menandatangi deklarasi yang mengandungi 37 perkara itu.
"Ini demokrasi. Terpulang untuk anda tandatangani atau tidak. Kita perlu ada penyelesaian di luar kotak," tambah Ambiga lagi dalam debat kira-kira dua jam itu.

No comments:

Post a Comment