Pages

Friday, 13 May 2016

Pemuda Amanah Perak: Kerusi P067 Kuala Kangsar sememangnya status quo milik AMANAH..."Hanya menunggu semboyan untuk menggempur PRK".

Sabtu, 14 Mei 2016
KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NEGERI PERAK
13 MAC 2016 / 6 SYAABAN 1437H
PRK KUALA KANGSAR: AMANAH MEWAKILI PAKATAN HARAPAN!
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengeluarkan kenyataan bahawa perlunya diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di dua kawasan iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar selepas ahli parlimennya meninggal dunia dalam tragedi helikopter di Sarawak tempoh hari.
Pakatan Harapan diwujudkan atas dasar kesedaran pentingnya sistem dwi parti melalui satu kesepakatan ampuh dalam menghadapi kekuasaan BN di negara ini. Oleh yang demikian, atas kesedaran itu Pemuda AMANAH Negeri Perak menegaskan Pakatan Harapan wajar untuk meletakkan calon merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Pakatan Harapan perlu bertarung di Kuala Kangsar membawa aspirasi rakyat khususnya golongan muda iaitu satu gabungan pembangkang yang kuat. Keberadaan Pas di dalam pilihan raya ini bukanlah satu kekangan kerana mereka tidak mendokong semangat pakatan pembangkang yang menjadi harapan rakyat.
Kerusi tersebut sememangnya status quo milik AMANAH yang menggantikan posisi Pas di dalam Pakatan Harapan. Oleh yang demikian, Pemuda AMANAH Negeri Perak telah membuat persediaan sejak awal lagi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kami telah mengenalpasti beberapa calon yang berpotensi untuk mewakili Amanah dan ia akan dicadangkan kepada pimpinan AMANAH Negeri dan Nasional. Kami yakin, jentera AMANAH khususnya pemuda di semua peringkat telah bersedia dan hanya menunggu semboyan untuk menggempur PRK Kuala Kangsar bagi memastikan kerusi ini milik Pakatan Harapan!
MOHD FITRI ASMUNI
Pemangku
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak

No comments:

Post a Comment