Pages

Friday, 13 May 2016

“Rakyat bukan bodoh, jangan berlagak baik!" Ketua Pemuda AMANAH tibai pemimpin PAKATAN HARAPAN.

Sabtu, 14 Mei 2016

Mesyuarat Pakatan Harapan negeri Perak petang tadi...kami sepakat.

Pemuda AMANAH tibai pemimpin HARAPAN berlagak baik

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan mengenai keperluan memartabatkan integriti pembangkang dalam persediaan berdepan pilihan raya kecil di Sungai Besar and Kuala Kangsar.
Ketuanya, Sany Hamzan dalam kenyataan berkata, rundingan berterusan parti-parti dalam HARAPAN mengenai calon-calonnya akan menjadi ujian kritikal demi meraih kepercayaan rakyat untuk dilihat berkemampuan menggantikan BN dan melaksanakan perubahan menyeluruh.
“Suka atau tidak, pertembungan antara parti-parti komponen Pakatan Harapan semasa pilihan raya negeri Sarawak sudah tinggal menjadi sejarah dan tidak harus diulangi oleh mana-mana parti,” jelasnya.
Beliau merujuk kepada kekalahan teruk HARAPAN akibat pertembungan antara DAP dan PKR di enam kerusi.
Sany, bagaimanapun, menyedari kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara HARAPAN, BN dan PAS, dengan sokongan blok ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia.
“Rakyat bukan bodoh. Adalah sukar untuk mereka menerima pemimpin yang mengecewakan majoriti rakyat dengan membenarkan parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk bertembung di Sarawak, sekarang ‘berlagak baik’ dan cuba menghalang pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.
“Apa sebenarnya mesej politik yang pemimpin ini cuba sampaikan? Terus cuba mengganggu Pakatan Harapan atau apa?” kata Sany tanpa menamakan sesiapa.
Sany, sementara itu, turut menekankan AMANAH patut diberikan peluang untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Antara lain, beliau turut berkata kerusi yang majoritinya Melayu menjadi platform yang sesuai buat AMANAH untuk melebarkan pengaruh HARAPAN.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment