Alfatihah: Muhammad Ali Meninggal Dunia
Berita mengenai pemergiannya itu disahkan oleh ahli keluarganya, sebentar tadi. "Selepas bertarung selama 32 tahun dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74," kata jurucakapnya, Bob Gunnell.
Ali, masyhur sepanjang kerjaya sukan tinju heavyweight yang menjangkau tiga dekad dan terkenal dengan panggilan "The Greatest". Keadaan kesihatan Ali awal hari ini dilaporkan semakin tenat, kata sumber yang rapat dengan keluarga ahli sukan itu.
Sepanjang kariernya, Ali dianggarkan menerima 29,000 kali tumbukan daripada lawannya dan dengan itu dia dianggap manusia paling diiktiraf di dunia. Terkenal dengan gaya menari sambil bertinju, Ali peninju pertama menang juara heavyweight sebanyak tiga kali antara tahun 1964 dan 1978.
Antara kata-kata yang termasyhur dan diingati ialah mengenai dirinya iaitu: "Float like a butterfly, sting like a bee." (Terapung-apung seperti rama-rama, menyengat seperti lebah") Ali dilahirkan di Louisville, Kentucky, pada 17 Januari 1942, dengan nama Cassius Marcellus Clay Jr. Nama berkenaan digunakan sebagai berkongsi kesengsaraan terhadap perhambaan orang kulit hitam pada kurun ke-19.
Dia kemudian menukar namanya sebaik memeluk agama Islam pada tahun 1964. - AFP
BH.
No comments:
Post a Comment