Dyana: I tak ada keris, 'lightsaber' saja
PAS menjadi mangsa serangan sinis di Internet susulan gimik-gimiknya dalam muktamar tahunan di Kota Bharu kali ini.
Terbaru apabila presidennya memotong pulut berlogo PAS menggunakan keris yang luar biasa panjang.
Pemimpin muda Melayu DAP Dyana Sofya antara yang tampil menyindir parti itu - sekutu yang kemudian menjadi musuh politik DAP.
Dyana hari ini memuat naik gambar beliau memegang pedang lightsaber, yang dipopularkan filem Star Wars dengan tulisan:
"I tak ada keris, tapi ada lightsaber. Adakah Obi Wan Kenobi akan reda guna lightsaber untuk potong kek," tulisnya.
Obi Wan Kenobi, seorang guru jedi, ialah watak popular dalam filem francais Lucas Film itu.
Malaysiakini
Potong pulut dengan keris, Hadi jadi bahan jenaka.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi bahan jenaka pengguna media sosial selepas memotong pulut besar dengan menggunakan keris besar semasa merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Kelantan.
Pulut seberat 250 kilogram itu diarak masuk dengan dibalut kain hijau dan putih ke pentas utama untuk dirasmikan oleh Hadi.
Dua pesilat turut mengiringi Hadi memotong pulut menggunakan sebilah keris panjang.
Rata-rata menyindir tingkahlaku Hadi yang dahulunya dilihat Islamik tiba-tiba bertukar imej menjadi Ke-Melayuan semasa muktamar tahun ini.
“I thought Thundercats punya sword (saya ingat itu pedang Thundercats),” kata seorang pengguna media sosial Facebook dengan nama Kumaran Suppaya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Hussainikhan Hyder pula mengulas,”Apa dah jadi dengan ulamak ini, sudah lupa dirikah?”.
Terdahulu, semasa sidang Dewan Pemuda PAS juga pada Isnin menyaksikan pemimpin sayap parti Islam itu tampil dengan imej pendekar Melayu dengan keris dan tanjak.
THE MALAYSIAN MIRROR
No comments:
Post a Comment