Pages

Friday 3 June 2016

[Video] PAS isytihar AMANAH musuh di PRK, bukan Umno & Nazri pulak ugut orang kampung: Kalau BN Kalah!

Sabtu, 4 Jun 2016

4Jun: Ceramah Pakatan Harapan di Sungai Besar. Sebar kepada semua. Share kepada semua.

Lokasi GPS: Dataran Tonggak Sepuloh
https://goo.gl/maps/AsmvrZfaZjD2

PAS isytihar AMANAH musuh di PRK, bukan Umno

PAS semalam mengisytiharkan  AMANAH sebagai lawan utama mereka dan bukan UMNO dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana berdegil meletak calon mereka.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti tersebut dilihat beriya-iya mahu menentang PAS dalam PRK kali ini dan bukannya Umno.
“Nampaknya yang beriya nak bertanding (lawan) kita sekarang ialah Amanah,” katanya.
Mustafa menggesa supaya pengundi menolak AMANAH yang disifatkan parti tajaan DAP.
“Tradisinya, PAS melawan mana-mana parti kerana kita ada tahaluf siyasi dengan semua, tapi kini lain.
“AMANAH ini tajaan DAP. Kalau sokong AMANAH, samalah macam sokong DAP,” katanya pada sesi penggulungan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-62, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK).
Mustafa berkata, saingan dihadapi PAS ketika berdepan pelbagai ujian, termasuk menjelang pilihan raya ibarat ‘alah bisa tegal biasa’ kerana parti itu sudah lama bertapak dalam dunia politik.
Katanya, lawan utama PAS pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan UMNO, sebaliknya AMANAH yang terbentuk pasca pemilihan parti Islam itu pada tahun 2015.
PAS akan berdepan saingan tiga penjuru dalam dua PRK Parlimen pada 18 Jun ini. – 4 Jun, 2016.

 The Malaysian Mirror

No comments:

Post a Comment