Sikap Pas yang dilihat mesra BN menyukarkan blok pembangkang menewaskan BN pada pilihan raya.
TERIMA KASIH SEMUA-ASMUNI AWI
Asslmkm. Terima kasih kpd semua yg telah menjayakan jentera AMANAH & PH dalam PRK P.067 KK. Walaupun baru berusia 8 bulan, kejayaan & penyertaan kita di dlm PRK ini telah berjaya memposisikan AMANAH sebagai sebuah party yg mempunyai masa deoan yg cemerlang di persada politik negara. Sekali gus telah berjaya menenggelamkan ego pihak lain yg sebelum ini telah melebel AMANAH sebagai party nyamuk.
Mari bersama kita jadikan apa yg dipelajari dari PRK ini untuk membina kekuatan samada di segi organisasi atau jentera yg lebih mampan untuk menghadapi PRU 14 nanti.
Semoga segala sumbangan tuan2 samada dalam bentuk tenaga, kewangan & material akan diterima oleh Allah swt sebagai satu ibadat & diberikan ganjaran yg sewajarnya. Amin.
ALHAMDULILLAH. Keputusan PRK Sg Besar dan K.Kangsar telah pun diumumkan awal malam tadi.
Kita sedar, Sg Besar dan K.Kangsar adalah kubu Umno/Bn setelah mereka menang di dua kawasan tersebut di dalam PRU13 yg lalu. Kita juga sedar, Sg Besar dan K.Kangsar juga diwar2kan oleh Pas sebagai 'kawasan tradisi' mereka sehinggakan diberi amaran oleh Pas sila 'ukur baju dibadan sendiri' bagi sesiapa yang ingin bertanding di dua kawasan tersebut. Ertikata lain, Pas mengaku hebat dan gagah di 'gelanggang tradisi' mereka.
Apabila Amanah dipilih untuk mewakili PH bertanding di dua Kerusi berkenaan, lojiknya tentulah Amanah akan menjadi 'lauk' bukan sahaja oleh Umno/Bn tetapi oleh Pas di situ. Apatah lagi Amanah baru berusia 7-8 bulan saja berbanding dengan Pas yg lebih tua dari Umno/Bn.
Walaupun Amanah dikira masih mentah, tidak miliki kekuatan jentera yg hebat seperti Pas jauh sekali berbanding Umno/Bn, namun Amanah bertuah kerana bersama PH di mana Keadilan dan Dap bersedia membantu Amanah. Bukan mudah untuk bertanding di Kubu Umno/Bn dan \kawasan tradisi' Pas, tapi Amanah tidak pernah gentar untuk lawan rejim dan sekutunya.
Amanah hanya ada kekuatan semangat dan sedikit jenteranya dan tentulah Amanah bergantung juga kepada jentera rakan2 di dalam PH. Pas pula seperti yg kita selalu dengar memiliki jentera yg kuat apatah lagi di kawasan tradisinya sendiri. Lebih2 lagi semenjak berjinak dengan rejim Umno/Bn, hampir setiap malam Pas berpeluang keluar di TV3 suku untuk berkempen dan mnghentam Dap dan Amanah yang lazimnya kerja2 seperti ini Umno yang lakukan. Pimpinan Amanah atau Dap tidak berpeluang untuk menjawab fitnah atau tuduhan2 dari Pas. Itu kelebihan besar yg ada pada Pas.
Alhamdulillah, tanpa ramai menjangka Amanah mampu mengatasi undi Pas di Sg Besar yakni di kawasan tradisi Pas. Sewaktu PRU13 yg lalu, Pas dapat undi di Sg Besar sebanyak 18, 296 undi. Kali ini, dalam PRK yg diumumkan semalam, Pas hanya dapat undi 6, 902 undi. Ke mana larinya ribuan undi lagi?
Begitu juga di K.Kangsar. Ini juga 'kawasan tradisi' Pas dan tentulah mempunyai jentera yg hebat. Pada PRU13 yg lalu, Pas dapat undi di kawasan ini berjumlah 13, 136 undi. Di dalam PRK kali ini, Pas hanya dapat jumlah undi sebanyak 5, 684 undi sahaja. Ke mana perginya yang lain?
Daripada dua kawasan tersebut, Pas kehilangan pengundi sejumlah 18, 846 pengundi. Katakanlah 5K tak balik mengundi, takkan selebihnya lari kepada Umno/Bn? Ke mana perginya undi Pas? Di K.Kangsar, undi Pas melebihi undi Amanah dengan jumlah yg amat tipis sekali meskipun itu 'kawasan tradisi' Pas.
Oleh itu, memang wajar Amanah diberi pujian kerana berjaya tawan satu "kawasan tradisi' Pas dan beri saingan sengit di satu kawasan lagi serta menafikan jangkaan sesetengah pihak bahawa parti 'nyamuk' ini akan hilang deposit.
Bagi PH, tentulah keputusan ini akan dijadikan pencetus semangat bagi menghadapi PRU14 akan datang. Kami yakin, tanpa penyatuan kami pasti gagal untuk beri saingan atau menumpaskan rejim dan kami tidak percaya bersendirian itu lebih baik dari bersatu.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS
No comments:
Post a Comment