Pages

Sunday, 19 June 2016

[Video budak cina menangis laungkan azan] Syiar Islam tetap subur di Pulau Pinang...'Melayu bergurulah dengan Cina'.

Ahad, 19 Jun 2016

  (KANAK-KANAK INI SEBENARNYA ANAK KEPADA PASANGAN MUALAF. BERMAKNA DIA BERAGAMA ISLAM. )
Menurut sumber asal whatsapp, kanak-kanak ini tinggal berhampiran dengan masjid dan mendengar azan 5 kali sehari. Begitulah cara dia menghafal azan.
Posted by 
KM Penang, LGE hadir jam 5.45pm arini menyaksikan pembukaan Masjid Umar Abdul Aziz bernilai RM4 juta di Batu Maung. Ia merupakan peruntukan RM 3 juta drp kerajaan negeri & selebihnya melalui derma anak kariah. Masjid telah dirasmikan oleh YDPertuan Negeri. *Alhamdulillah syiar Islam tetap subur di Penang.
Kemenangan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar patut di jadi kan pengajaran bagi pihak pembangkang!!!! Realiti PAS AMANAH PKR DAP dalam 1 team tapi agenda politik tidak sama!..... KENAPA PH leka dengan agenda sendiri? Jika PAS lawan BN di Sungai Besar dan AMANAH lawan BN di Kuala Kangsar mungkin baru kita boleh lihat perubahannya, Rakyat mungkin bosan dengan isu yang di bawa pembangkang!, Dan kita semua memasuki fasa ke 4 di akhir zaman ,di mana kita berhadapan dengan pemimpin yang sombong dan bongkak serta munafik!....
BN menang tiada bawa apa-apa perubahan di parlimen...
(Gambar sekadar hiasan)

Melayu bergurulah dengan Cina

ULAS PIRAKE (ii)

Kemenangan besar calon BN Budiman Mohd Zohdi di Sungai Besar dan Masturi Mohd Yazid di Kuala Kangar semalam ialah kerana peralihan undi Cina daripada pembangkang (sebuat Pakatan Rakyat) sebelum ini kepada BN. Pihak MCA mendakwa mereka berjaya meraih 35% undi Cina di Sekinchan berbanding 13% pada Peraum 2013 yang lalu. Manakala pihak Gerakan pula mengatakan mereka berjaya mengalihkan 40% undi Cina kepada BN.

Perubahan undi itu memang jelas dan menjadi fakta yang tidak boleh dipertikaikan. Peralihan itu memberi signifiken kepada parti DAP kerana ia dilihat kegagalan parti itu mengekalkan sokongan lalu untuk melonjakkan undi kepada rakannya Amanah. Cina di Sekinchan adalah penyokong dan ahli DAP. Dun Sekinchan satu-satu Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam Peraum lalu.

Manakala di Kuala Kangsar, undi Cina di Jerlon yang dulu dimenangi oleh pembangkang kini jadi sebaliknya.

Mungkin peralihan undi Cina itu meresahkan DAP? Ia akan menjadi lebih menakutkan kalau siptom yang ditunjukkan di Sungai Besar itu khasnya berpanjangan hingga ke pilihan raya umum akan datang. DAP sudah tentu akan bangkit dan bingkas mencari formula dan kaedah untuk membendung siptom itu agar tidak menjadi barah kepadanya.

Bagaimana pun, saya melihat peralihan undi Cina yang boleh dikira besar itu, bukan kegagalan DAP dalam berkempen dan menarik perhatian orang Cina. Ia ada hubung kait dengan masalah lain. Seperti mana kata seorang politician Cina, pengundi Cina beralih kepada BN kerana bosan dengan apa yang berlaku dalam parti pembangkang.

Perpecahan dalam parti agama (Pas) sehingga muncul parti Amanah menyebabkan pengundi Cina keliru dan mereka bingung kalau pun tidak nanar. Mereka mungkin juga jeluak memikirkan cara orang Melayu bermain politik menggunakan agama sebagai modal mengkafirkan sesama sendiri. Perpecahan dan perbalahan itu boleh menyebabkan mereka lari kepada BN sebagai memberi peringatan agar pembangkang kembali bersatu.

Dari sudut lain, perubahan pengundi Cina di Sekinchan dan Jerlon itu ada kena mengena dengan cara orang Cina bermain politik. Seperti juga peralihan besar undi Cina dalam pilihan raya negeri Sarawak tempoh hari. Mereka tidak bersemangat untuk kekal mengundi pembangkang, kerana mereka menyedari pilihan raya negeri Sarawak itu tidak akan membawa perubahan total, melihatkan kerajaan Persekutuan.

Jadi untuk apa mereka susah-susah sokong DAP, atau oposisi, apa lagi dengan memberi sokongan kepada DAP (pembangkang) menyebabkan mereka akan dicop sebagai pembangkang yang akan ditindas dan diskriminasi dalam Kerajaan Tempatan. Buat sementara waktu maka mereka memberi sokongan kepada parti memerintah BN, dengan cara itu mereka akan mendapat manfaat dan imbuhan semasa dan mengelakkan ditindas.

Demikian dengan perubahan undi Cina di Sekinchan dan Jerlon itu. Mereka sedar pilihan raya semalam tidak menganggu dan menjejaskan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh DAP dan PKR waktu ini. Sebaliknya kalau pilihan raya semalam berlaku di peringkat DUN, di mana kalah menangnya memberi kesan kepada kerajaan negeri, peralihan undi itu mungkin tidak berlaku.

Di sinilah saya selalu katakan orang Cina bijak bermain politik. Mereka selalu bijak dan mendapat untung kiri dan kanan. Sudah pasti dengan kemenangan dianggap besar oleh BN di Sungai Besar itu, habuah akan diterima oleh Cina di Sekinchan. Najib Razak seperti mana dijanjikan dalam ucapan merai kemenangan BN semalam akan meluluskan apa sahaja projek munasabah yang dipohonkan. Apakah orang Cina tidak akan menerima tempias itu?

Orang Melayu belajarlah berpolitik dengan bangsa yang lebih awal tamadun ini dan mempunyai benua terbesar di Asia Tenggara itu. Mereka bersatu dan senada dalam mengangkat martabat mereka, tidak seperti Melayu saling hina menghina sesama sendiri sehingga lupa kepada sejarah peribadi. Gunalah sampuo dalam berpolitik.

Makanya peralihan undi Cina di Sekinchan dan juga di Kuala Kangsar itu ia tidak bersifat kekal. Ia hanya semantara sahaja dan menyerlahkan macam mana kepintran orang Cina mengeksploitasikan politik untuk kepentingan mereka.  Saya yakin polisi-polisi baru diperkenalkan oleh kerajaan Najib, termasuk cukai GST, dan aksi politik penghinaan melampau kepada parti teras alternatif mereka, DAP terutama cara memburuk-burukan kerajaan Pulau Pinang menyebabkan orang Cina  menyimpan dendam kepada BN dan Najib.

Saya yakin DAP sendiri tidak begitu bimbang dengan pola pengundi di kalangan orang Cina semalam. Dan kalau mereka bersungut menzahirkan kebimbangan dan kekesalan, itu hanya desah politik yang penuh makna agar ianya tidak nampak menyusun agenda lain disebalik apa yang nyata. Walhau'alam. [wm.kl.1:15 t/hari 19/06/16]

No comments:

Post a Comment