Riza dalam perjalanan pulang selepas dapat pasport diplomatik, dakwa blogger
| MALAYSIA DATELINE
Riza (kiri sekali) bersama Jho Low (kanan sekali) ketika pelancaran filem 'The Wolf of the Wall Street'. Hak cipta filem ini juga dibekukan oleh DoJ Amerika.
Seorang pemimpin pertengahan Umno, Datuk Zaharin Mohd Yasin mendakwa, anak tiri perdana menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz yang didakwa Amerika dalam kes penggubalan wang haram kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Amerika selepas berjaya mendapatkan pasport diplomat dari Kementerian Luar Malaysia.
Dalam posting di facebooknya, Zaharin yang juga seorang blogger menulis, "maklumat risikan UNCLE.. anak tiri Najib Razak yang bernama Riza Aziz yang menetap di US, minta diberi pelepasan ke London.. dan bercadang balik ke Malaysia.
"Tetapi kerana ada link antara FBI (Biro Perisikan Persekutuan) Amerika dan MI5 British, khabar beritanya beliau tidak dilepaskan melalui pintu Imigresen untuk menaiki pesawat British Airway.
"Akhirnya khabar ceritanya.. Melalui Kementerian Luar Malaysia melalui pejabat kedutaan di London beliau diberikan pasport Diplomat.
"Akhirnya khabar ceritanya.. Melalui Kementerian Luar Malaysia melalui pejabat kedutaan di London beliau diberikan pasport Diplomat.
"Kerana adanya SOP UN@united nation.. bahawa pemegang pasport Diplomat tidak boleh ditahan.. maka dia dibenarkan melepas pintu Imigresen UK. Sekarang dalam perjalanan pulang ke Malaysia," tulis Zaharin dalam facebooknya.
Riza, anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor bersama suami pertamanya adalah antara lima orang yang dinamakan Peguakm Negara Amerika sebagai pihak yang sedang disiasat kerana menipu wang milik rakyat Malaysia.
Selain Riza, Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny turut dikenakan sekatan ekoran dakwaan mencuri wang milik rakyat Malaysia.
Pelbagai jenis harta mereka telah dibekukan sebelum disita jika didapati bersalah dalam proses saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika.
Menurut Zaharin, PM Najib Razak sudah terbeban dengan isu Jabatan Kehakiman Amerika (US-DoJ) ini.
"Saya teringatlah akan kisah filem yang bersiri-siri bertajuk The Fugitive tahun 60an.. yang dilakunkan oleh David Janseen.
"Adakah Riza Aziz nak jadi macam Dr Richard Kimble hendak membuktikan bahawa dia tidak membunuh isterinya? dan dia tidak menyamun duit IMDB?" tulis Zaharin lagi.
No comments:
Post a Comment