TAHUKAH ANDA.. Juruaudit sebelum ini telah meletakkan jawatan dan menyatakan penyata kewangan 1MDB sebelum ini yang diaudit tidak boleh digunapakai kerana mereka TIDAK DIMAKLUMKAN MAKLUMAT PENYELEWENGAN yang didedahkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat baru-baru ini.
Beranikah Najib mahu melantik saudara Rafizi Ramli juruaudit baru 1MDB malah beliau bersedia untuk berkhidmat secara percuma.
Beranikah Najib mahu melantik saudara Rafizi Ramli juruaudit baru 1MDB malah beliau bersedia untuk berkhidmat secara percuma.
Rafizi tawar diri audit 1MDB secara percuma
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menawarkan diri untuk menyertai pasukan audit baru yang akan dilantik bagi menjalankan audit terhadap 1MDB.
Ahli parlimen Pandan itu berkata beliau adalah seorang akauntan bertauliah yang berdaftar dengan Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).
"Saya juga menyatakan kesediaan saya untuk berkhidmat secara percuma," katanya dalam satu kenyataan media.
Jika lembaga pengarah 1MDB yakin tiada salah laku, Rafizi berkata cara yang paling mudah untuk meyakinkan rakyat adalah dengan melantik beliau dalam pasukan audit yang baru.
"Saya akan menulis secara rasmi kepada Tan Sri Irwan Siregar, pengerusi lembaga pengarah 1MDB mengenai perkara ini," katanya.
Awal hari ini, Irwan yang juga ketua setiausaha perbendaharaan berkata pengumuman akan dibuat tidak lama lagi mengenai juruaudit baru 1MDB.
1MDB baru-baru ini mendedahkan bahawa juruauditnya sekarang, Deloitte Malaysia akan menamatkan khidmatnya.
Firma itu berkata, penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2013 dan 2014 tidak lagi boleh digunakan sehingga dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) ditentukan di mahkamah.
Ini kemudian diulangi oleh Deloitte, yang berkata audit berkenaan akan menerima kesan berikutan tindakan undang-undang DOJ.
DOJ Rabu lalu memfailkan dua tindakan undang-undang untuk merampas lebih AS$ 1 bilion aset yang dikatakan telah dibeli menggunakan dana 1MDB.
Deloitte adalah firma audit ketiga menamatkan khidmat dengan 1MDB sejak penubuhannya pada 2009.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment