Adakah athlet ni bakal menerima ganjaran RM1juta untuk EMAS seperti yang dijanjikan oleh kerajaan dan juga pencen seumur hidup..?? Harap usaha mereka diiktiraf kerana mengibarkan Jalur Gemilang dipentas dunia...
Kohilah Sekaran, Astro Awani
Dua atlet Paralimpik negara ini mencipta sejarah dengan memenangi dua pingat emas pada Paralimpik Rio, Brazil. - Gambar fail
HARI ini, dua atlet Paralimpik negara mencipta sejarah dengan memenangi dua pingat emas pada Paralimpik Rio, Brazil.
Lebih membanggakan, satu daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia.
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy), manakala Muhammad Ziyad Zolkefli pula meraih pingat emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru.
Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.
Kejayaan ini nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ini merupakan satu sejarah yang dicipta oleh dua anak istimewa negara.
Sejak awal pagi ini, ucapan tahniah dan terima kasih mula membanjiri media sosial.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengambil kesempatan untuk berkongsi berita gembira ini serta mengucapkan tahniah kepada Ridzuan dan Ziyad menerusi akaun Twitternya.

No comments:
Post a Comment