Majlis Pelancaran Kempen 'Free Anwar Now' oleh pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan Bersatu di Konvensyen Pakatan Harapan 2016 di Shah Alam, Selangor.
Presiden KEADILAN dan Ketua Pembangkang, Dr Wan Wan Azizah Wan Ismail
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu
Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Muhyiddin Yassin
Konvensyen PH bakal tentukan calon PM menunggu sebelum Anwar bebas
Konvensyen Pakatan Harapan pertama hari ini diharap dapat menentukan siapakah calon perdana menteri sebelum terbebasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub berkata, sebelum Anwar bebas, perlu ada Perdana Menteri menunggu.
"Siapa dia? Konvensyen ini akan putuskan dalam apa cara sekalipun," kata Salahudin yang berucap di Konvensyen Pertama Pakatan Harapan pagi ini.
Salahudin yang memulakan pidato pemimpin PH hari berkata, tanpa ragu tanpa apologetik, beliau menyatakan perdana menteri Pakatan Harapan adalah Anwar Ibrahim.
"Untuk bebaskan Anwar kena kuasai Putrajaya," katanya dalam pidato itu.
Katanya, pemimpin PH kini (Anwar) berada di belakang jeriji besi.
"Beliau bersama kita di kala senang dan susah.
"Apabila dua tragedi besar berlaku, Anwar Ibrahim dalam penjara dan runtuhnya PR, kita bangun menubuhkan Pakatan Harapan," katanya.
Menurut beliau, PH perlu memberikan fokus untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
"Kita bayar mahal untuk perjuangan. Ada dipenjara. Bukan murah perjuangan ini. Kita mahu pemimpin yang mahu menumbangkan Umno-BN bukan sekadar menjadi penasihat," katanya dipercayai ditujukan kepada pemimpin Pas yang mahu menjadi penasihat bukannya jatuhkan BN.
"Kita bayar mahal untuk perjuangan. Ada dipenjara. Bukan murah perjuangan ini. Kita mahu pemimpin yang mahu menumbangkan Umno-BN bukan sekadar menjadi penasihat," katanya dipercayai ditujukan kepada pemimpin Pas yang mahu menjadi penasihat bukannya jatuhkan BN.
Salahudin juga mengingatkan, setiap orang berada di konvensyen ini terlalu faham kenapa Pakatan Rakyat runtuh.
"Kita yang ada hari ini mesti belajar dengan tidak mengulang kesilapan itu," kata beliau memberikan ingatan agar mereka tidak mengulangi kesilapan sebelum ini.
Bagi beliau, PH perlu mempunyai kesetiakawanan yang jujur dengan satu tekad, satu matlamat yang tidak berbelah bahagi.
"Rakyat di luar sana mahu apa? Jangan sepanjang masa menyatakan apa yang kita mahu yang menentukan kemenangan adalah rakyat di luar sana.
"Kalau kita melanjutkan ego kita, anggap parti kita saja yang kuat kita akan tumpas tetapi jika semua pemimpin PH bersedia untuk merendahkan ego kita belajar melalui pengalaman, inilah yang rakyat kita mahu," katanya.
Sejarah Pakatan Rakyat, katanya, sudah mengajar mereka siapa kawan dan siapa lawan.
"Jangan lupa musuh kita. Jangan keliru di tengah jalan," katanya.
Dalam ucapan itu, Salahudin juga menegaskan partinya Amanah dan juga Pakatan Harapan tidak perlu kesal untuk bermula dengan kecil
"Bermula dengan kecil tidak mengapa, DAP juga bermula dengan kecil. Saya menyaksikan kelahiran PKR. Hari ini PKR besar kerana kita ada sahabat-sahabat sejati dalam perjuangan di kala susah dan senang," tegas beliau.
Beliau juga mahu semua pihak menghormati Parti Probumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Bersatu.
"Kita ada Bersatu. Jangan perkecilkan mereka. Muafakat parti politik inilah yang menggerunkan BN," katanya.
No comments:
Post a Comment