Pages

Saturday, 12 November 2016

Pihak bawa masalah dalam pembangkang sokong Najib, kata Tun M & "Mungkin mereka terima dedak"...Najib terlalu melampau sekarang ini!

Ahad, 13 November 2016
Tun Dr Mahathir menerima 'standing ovation' di Konvensyen PH hari ini.


Pihak bawa masalah dalam pembangkang sokong Najib, kata Tun M

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerima 'standing ovation' di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini yakin pihak yang menimbulkan masalah di kalangan pembangkang adalah penyokong Datuk Seri Najib Razak.
"Saya berpendapat siapa yang menimbul masalah dalam pembangkang ini adalah penyokong Najib," kata Mahathir ketika memberikan ucapan khas dalam Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Tanpa menyebut mana-mana parti, bekas perdana menteri 22 tahun itu berkata, mereka boleh dakwa berjuang untuk Melayu tetapi sebenarnya sokong Najib.
"Mungkin mereka terima dedak," kata Mahathir di konvensyen itu.
"Kita akan menentang mereka yang tidak bersama dalam gerakan jatuhkan Najib," tegasnya.
Bagi beliau, ada yang berkata tak boleh terlibat sebab ada DAP.
"Saya dulu paling anti DAP, tapi itu terlalu kecil berbanding usaha jatuhkan Najib," kata Mahathir yang menyifatkan Najib terlalu melampau sekarang ini.
"Orang ini sangat berbahaya kepada negara. Hutang negara tak dapat bayar. Sudahlah tak cukup untuk bayar hutang 1MDB, kini pinjam pula kononnya nak buat landasan keretapi RM55 bilion.
"Sebelum ini dia ada RM2.6 bilion dalam akaun, kononnya Tok Arab bagi. Saya minta nak buat universiti Islam, saya dapat kosong," katanya.
Bagi beliau, tidak ada siapa yang nak percaya kepada Najib selepas kes RM2.6 bilion itu.
"DoJ telah sahkan wang RM2.6 bilion itu datangnya dari 1MDB," kata Mahathir merujuk kepada Jabatan Kehakiman Amerika yang bertindak membekukan aset 1MDB di Amerika dan sedang memburu dalang di belakangnya.

No comments:

Post a Comment