Pages

Wednesday 2 November 2016

[Video] #MO1 terus berkuasa 'menjahanamkan harta & aset kerajaan'...Dr M: Urusniaga Najib dengan China ancam kedaulatan Malaysia. "Jamal baju merah xnak protes ker, ni real punya komunis?"

Rabu, 2 November 2016

TAHUKAH ANDA, siapa keluarkan lesen bank perdagangan kepada negara Komunis-China itu ??.. MENTERI KEWANGAN.

SIAPA MENTERI KEWANGAN ??... siapa lagi...

TU DIA !!!..
Menteri Kewangan 'Orang Melayu' sendiri telah mengeluarkan lesen bank perdagangan kepada bank Komunis-China iaitu China Construction Bank (Malaysia) Berhad yg merupakan anak syarikat MILIK PENUH China Construction Bank Corporation Ltd.

MANA JAMAL PAK TONGKOL JAMBAN !!!
Jamal Tongkol xnak protes ker..?? ni real punya komunis... ngeh ngeh ngeh..

#MO1 yang terus berkuasa menjahanamkan harta & aset kerajaan selagi termampu yang boleh..

Harta kerajaan dibuat spt harta mak bapak mereka...Kesenangan & kemewahan mereka rakyatlah yang tanggung bayar GST 6% !!!

Dr M: Urusniaga Najib dengan China ancam kedaulatan Malaysia


Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran mengenai beberapa perjanjian yang dimeterai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan China mungkin mampu menggugat kedaulatan Malaysia.
Bekas perdana menteri itu berkata, ia termasuk tuntutan wilayah Malaysia di Laut China Selatan yang juga dituntut oleh China.
Khususnya, Mahathir melahirkan kebimbangan berkenaan pinjaman negara sebanyak RM55 bilion daripada China untuk membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
"Kita sudah pun mempunyai jumlah hutang yang besar, kini kita akan berhutang lagi sejumlah wang yang besar dari satu sumber. Ia akan memberi kesan kepada politik negara.
"Dahulu, kita bebas untuk mempunyai hubungan dengan mana-mana negara. Kami tidak terikat dengan perjanjian dengan mana-mana blok.
"Kebebasan ini juga terjejas jika kita berhutang sejumlah wang yang besar daripada mana-mana satu negara," jelasnya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Ujar Mahathir lagi, ia juga akan menghantar isyarat yang salah kepada China mengenai pertikaian antara kedua-dua negara di Laut China Selatan.
"Ia kelihatan seolah-olah kita mengubah pendekatan terhadap Laut China Selatan, kita sanggup melepaskan tuntutan kami," kata beliau yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Pada masa yang sama, penganugerahan projek ECRL ke China akan membawa kepada aliran keluar dana, tambah beliau lagi.
"Ini bukan cara yang sangat bijak menguruskan kewangan negara," katanya.
Sementara itu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, bendera Malaysia yang berkibar di kawasan dalam pertikaian telah dinyahkan.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment