Pages

Wednesday, 2 November 2016

[Video Panas! Samseng Baju Merah Bertindak Memukul Ahli Bersih!] Air Selangor: Orang lain punya angkara, kerajaan Selangor tanggung bala.

Rabu, 2 November 2016


slide1

Air Selangor: Orang lain punya angkara, kerajaan Selangor tanggung bala

SHAH ALAM, 2 NOV: Gangguan bekalan air yang melanda Selangor baru-baru ini berlaku ekoran pencemaran bahan kimia di Sungai Semenyih dan Sungai Buah.
Pencemaran tersebut telah menyebabkan air sungai berbau dan berbuih. Berdasarkan ujian sampel air yang dilakukan, dua sungai tersebut dicemari bahan kimia “4-bromo difenil ether” (4-Bromo Diphenyl Ether).
Dalam satu kenyataan sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Alitidak menolak pencemaran itu berlaku akibat perbuatan sabotaj.
“Selangor disabotaj ketika Kerajaan Negeri membangunkan loji rawatan air baru di Labohan Dagang, Kuala Langat,” katanya.
Ekoran pencemaran tersebut, kerajaan Selangor bertindak menghentikan operasi loji itu serta merta bagi mengelakkan orang awam terdedah kepada bahan kimia yang membahayakan kesihatan tersebut.
Agensi pengurusan air Selangor kemudian menjalankan operasi rawatan dan pengasingan air yang tercemar.
Kerajaan Selangor diserang media dan samseng Umno
slide1
slide1
Antara aksi protes baldi di hadapan pintu masuk utama Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.


Namun, dalam tempoh itu, pentadbiran kerajaan Pakatan di Selangor terus dihujani dengan serangan demi serangan yang digembar-gemburkan media pro-UMNO.
Keadaan bertambah buruk apabila semalam, sekumpulan yang mendakwa Pemuda UMNO bertindak biadap dengan aksi samseng membaling baldi dan botol air dalam protes mereka di hadapan bangunan Kerajaan Negeri sewaktu Sidang Dewan Negeri sedang berlangsung.
Namun, apa yang masih tidak diketahui umum ialah gangguan bekalan air yang melanda Pahang sejak enam bulan lalu.
Dalam satu sidang medianya semalam, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata gangguan bekalan air di Pahang tersebut tidak didedahkan media utama.
“Masalahnya kita dapati negeri Umno ini ada yang mengalami masalah air sampai enam bulan. Jadi kita kutip semula baldi mereka pagi ini, dan kita serahkan kepada orang Pahang
“Diharap dapatlah mereka gunakan semula baldi ini di negeri mereka untuk buat simpanan atau catuan.
“Cuma saya nak pesan kepada Umno, balik jagalah negeri UMNO supaya air mereka terus mencukupi,” katanya.
Siasat dan heret dalang pencemaran ke mahkamah
lawatan-sungai-tercemar1
lawatan-sungai-tercemar1
ADUN dan Ahli Parlimen DAP turut melawat sungai yang tercemar di Nilai Negeri Sembilan.


Dalam satu rencana, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San mahu supaya polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Peguam Negara menyiasat serta mendakwa pihak yang mencemarkan dua sungai tersebut ke mahkamah.
Beliau juga mahu supaya pihak-pihak tersebut menganggap pencemaran air sungai sebagai isu berkaitan pertahanan negara.
“Pencemaran yang berlaku secara berterusan ini nampaknya berlaku pada kadar sesekali namun berkekalan melalui cara dan bahan cemar yang sama. Ia berlaku di luar Selangor.
“Maka dengan itu, keberkesanan dan kecekapan agensi-agensi kerajaan persekutuan untuk menyiasat dan menangkap mereka yang bertanggungjawab adalah sangat penting untuk memastikan orang yang dituduh itu disabit bersalah.
“Ini adalah kerana ianya amat bergantung kepada kekuatan bukti yang dapat dikumpul oleh pihak pendakwa raya, PDRM dan JAS,” jelasnya.
Beliau membawakan contoh membabitkan kes Pendakwa Raya lwn NCK Aluminium Extrusion Sdn Bhd.
Dalam kes itu, Mahkamah Tinggi memutuskan dalam kes rayuan pendakwa raya bahawa walaupun pesalah atau responden telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memperbetulkan pencemaran air sungai yang disebabkannya dan tahap pencemaran yang disebabkan adalah kesalahan pertama dan adalah agak minumum, mahkamah tinggi tetap mengenakan hukuman yang maksimum setelah mengambil kira kesannya kepada alam sekitar dan pengguna. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment