Wajah mana satukah yg benar2 ada nur dlm menegakkan kebenaran & melawan segala kebobrokan pemerintahan & pemimpin Umno/BN ???
Mereka ini bekerja untuk SIAPA ??!!.. Untuk rakyat atau Najib ?
Mereka ini bekerja untuk SIAPA ??!!.. Untuk rakyat atau Najib ?
'Ringgit junam ke paras terendah, OPR dijangka turun'
Ringgit menjunam ke paras terendah setakat ini pada kadar RM4.2537 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) setelah dunia dikejutkan dengan kemenangan Donald Trump.
Jangkaan penurunan kadar faedah Malaysia jangka pendek boleh juga telah memberi kesan kepada matawang tempatan itu.
Memetik laporan theedgemarkets.com, para penganalisis berkata, kemenangan Trump menimbulkan ketidak pastian mengenai dasar negara Uncle Sam itu dengan bersandarkan latar belakang politik dan ekonomi dunia.
"Kemenangan Trump itu boleh dilihat sebagai 'Brexit' kedua. Pasaran global bertindak balas negatif pada mulanya ekoran percaya Clinton akan menang," ujar Ketua Penyelidik AmBank (M) Bhd, Anthony Dass dan Strategi Ekuiti, Joshua Ng dalam nota, hari ini.
Data Bloomberg menunjukkan kadar pertukaran dolar AS dengan ringgit setakat hari ini berlegar-legar antara RM4.2343 dan RM4.2537 bagi setiap dolar AS.
Mengulas lanjut, penganalisis AmBank berkata, pihaknya juga sedang memantau secara dekat dasar-dasar yang akan diambil oleh Bank Negara Malaysia ekoran perkembangan yang berlaku di AS itu.
"AmBank melihat '40 peratus kebarangkalian' untuk penurunan 25 mata asas bagi kadar dasar semalaman (OPR) apabila Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara bermesyuarat pada 23 November ini," katanya.
Pada bulan Julai tahun ini, Bank Negara menurunkan OPR ke paras 3 peratus daripada 3.25 peratus manakala esok iaiti 11 November, bank pusat itu akan mengumumkan angka ekonomi suku ketiga Malaysia.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment