Pages

Thursday, 10 November 2016

[Video] 'Umno perintah sekarang pun Melayu dah bangsat'! Pakej 1 Terowong Dasar Laut akan dimulakan di Pulau Pinang.

Khamis, 10 November 2016

Pakej 1 Terowong Dasar Laut akan dimulakan, kata Exco Pulau Pinang

Projek terowong dasar laut menghubungkan Jalan Pangkor di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di Seberang Perai.

Projek terowong dasar laut menghubungkan Jalan Pangkor di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di Seberang Perai.
Kerajaan DAP Pulau Pinang merancang untuk memulakan terlebih dahulu Pakej 1 jalan pesisir pantai utara menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang di bawah projek terowong dasar laut jika projek itu diluluskan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng berkata pada mulanya kerajaan negeri mahu memulakan Pakej 2 (lencongan dari Air Itam ke Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu) tetapi disebabkan masalah tanah, kita terpaksa menangguhkannya.
Beliau berkata beberapa lot tanah bagi Pakej 2 ialah milik kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Tanah dan Galian.
"Disebabkan masalah tanah, kita tidak mempunyai pilihan melainkan menangguhkannya. Kita boleh memulakan pakej 1 dahulu kerana kebanyakan tanah itu diperoleh dari pemilik tanah persendirian.
"Kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menggunakan tanah diperoleh dari kerajaan Persekutuan. Buat masa ini, kita menyerahkan kepada kerajaan persekutuan untuk memberi kelulusan," kata beliau.
Projek terowong dasar laut menghubungkan Jalan Pangkor di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di Seberang Perai.
Ketiga-tiga pakej lebuh raya di bawah projek itu ialah Jalan Pesisir Pantai Utara (menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang), Lebuh Raya Pintasan Air Itam-Tun Dr Lim Chong Eu dan Lebuhraya Pintasan Persiaran Gurney-Tun Dr Lim Chong Eu bernilai RM6.3 bilion.

No comments:

Post a Comment