Pages

Saturday, 12 November 2016

[Video TERBAIK !! Kenapa saya sertai Bersih 5? - Tun M] Turun Bersih 5, bukan marah di media sosial sahaja.

Ahad, 13 November 2016

Turun Bersih 5, bukan marah di media sosial sahaja

Wanita Muda Amanah Nasional menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya wanita untuk turun ke perhimpunan Bersih 5 di ibu negara pada 19 November ini.
Anis Afida Mohd AzliAnis Afida Mohd AzliKetuanya Anis Afida Mohd Azli berkata, wanita tidak boleh ketinggalan dalam menyatakan solidariti kepada usaha menyelamatkan negara daripada terus hancur dipimpin oleh pemerintah yang zalim.
"Himpunan ini antara medium yang boleh digunakan rakyat untuk meluahkan isi hati mereka untuk negara yang tercinta.
"Segala kepincangan yang berlaku dalam negara pada hari ini, yang tempiasnya turut dirasakan kaum wanita perlu dihentikan. Bertepatan dengan tuntutan Bersih 5 untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan telus harus didukung oleh semua rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan," katanya dalam satu kenyataan.
Lima tuntutan Bersih 5 adalah berkaitan mengadakan pilihan raya bersih, kerajaan bersih, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen, hak untuk membantah dan bersuara dan terakhir memperkasakan Sabah dan Sarawak.
Menurut Anis juga, sekadar meluahkan rasa marah terhadap kenaikan kos sara hidup dan sikap bermewah-mewah kerajaan di media sosial tidak mencukupi selagi tidak diterjemahkan ke dalam tindakan.
"Hari ini, seorang ibu perlu mengikat perut untuk anak-anak dan keluarga kerana kesempitan hidup. Pada masa hadapan anak ini juga dikhuatiri terpaksa mengulang perkara yang sama atau lebih teruk daripada itu akibat tindakan kita yang tidak peduli akan masalah dalam pentadbiran negara.
"Hari ini kita marah akan kenaikan barang dan kos hidup yang tinggi, namun ia tidak cukup. Seluruh rakyat yang sedar perlu bangkit untuk merubah kepincangan yang berlaku," katanya.
Tegasnya, perhimpunan Bersih 5 akan menjadi isyarat kepada kerajaan BN betapa rakyat sudah muak dengan pemerintahan mereka yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat.
"Walau kelompok penzalim itu kecil namun, ia akan tetap teguh bertahan kerana kebisuan kelompok yang dizalimi itu walupun ia ramai. Jadi, ayuh semua rakyat Malaysia untuk kita tunjukkan semangat cintakan negara dengan sama-sama kita berhimpun di Bersih 5 pada 19 november ini," katanya.
Konvoi Bersih 5 di seluruh negara yang bermula pada 1 Oktober lalu kini tiba ke minggu terakhir setelah melalui pelbagai cabaran antaranya gangguan dari kumpulan baju merah.
Pada Sabtu ini, peserta Bersih 5 akan berkumpul di Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum menuju ke pusat bandar.

No comments:

Post a Comment