Pages

Saturday, 12 November 2016

[Video] Najib Pernah Cuba SUMBAT DEDAK Dalam Mulut Muhyiddin Yassin Sebelum Dipecat! Hijrah ke Amanah demi perjuangan, bukan kerana kecewa.

Ahad, 13 November 2016

Hijrah ke Amanah demi perjuangan, bukan kerana kecewa

Penghijrahan bertali arus ahli Pas menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) adalah satu kesedaran untuk meneruskan perjuangan Islam, bukan akibat kecewa seperti yang cuba diputar belit oleh golongan tertentu.
"Saya telah berjuang dengan segala upaya ketika bersama parti lama saya dulu semata-mata untuk melihat Islam tertegak, namun terpaksa memikirkan semula untuk menyertai satu pasti yang jelas mempunyai pendirian yang tidak berbolak-balik berhadapan pihak zalim yang menolak hukum Allah," kata bekas timbalan pengelola Halaqat Negeri Kelantan, Ustazah Norazam Abd Aziz.
Beliau berkata demikian di majlis bicara santai sempena program kutipan dana pilihan raya Angkatan Wanita Amanah (Awan) Negeri Kelantan di Wisma Tok Guru, Salor semalam.
Menurutnya begitu ramai petugas-petugas parti lama berkorban segala aspek kehidupan masing-masing semata-mata untuk melihat Islam bangkit menghadapi penzalim dan hukum-hukum Allah dapat dilaksanakan.
"Saya masih teringat-ingat pesanan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengingatkan petugas-petugas Islam supaya tidak sekali-kali cenderung hati dan berminat dengan penguasa zalim yang cuba menggunakan tawaran harta benda dan pelbagai ugutan supaya menyebelahi mereka.
"Malangnya sekarang terdapat mereka yang bergelar pemimpin Islam bermain kayu tiga dengan pihak berkuasa yang mengendalikan negara dengan penuh penyelewengan dan kezaliman," katanya.
Ustazah Norazam yang bergiat aktif lebih 25 tahun bersama Pas menyeru umat Islam di negara ini supaya memikirkan semula orientasi perjuangan Islam supaya lebih serasi dengan kaedah-kaedah yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah saw.
"Kita mesti mengutamakan keikhlasan dalam perjuangan dengan mementingkan persahabatan dan persaudaraan dan bukannya mencari kepentingan diri dengan mengada-ngadakan fitnah terhadap rakan-rakan sendiri.
"Para pejuang Islam tidak mengukur kejayaannya dengan ganjaran-ganjaran yang diperolehi di dunia ini, tetapi yakin balasan Allah di akhirat mengatasi segala-galanya," katanya.
Majlis jamuan laksa diadakan sempena program yang turut dihadiri naib pengerusi Amanah negeri Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamad, ahli-ahli jawatankuasa amanah negeri dan tetamu-tetamu kehormat.
Majlis diserikan dengan demonstrasi masakan nasi Pakistan serta kek coklat moist oleh isteri Datuk Husam Musa, Datin Ruhana Abd Rahman.
Pengunjung turut diraikan dengan hadiah istimewa bagi mereka yang berjaya menjawab soalan-soalan kuiz.

No comments:

Post a Comment