Pemimpin2 kesayangan anda..
Warna-warna kulit melayu Umno.. Siang dan malam bertukar rupa..
Warna-warna kulit melayu Umno.. Siang dan malam bertukar rupa..
BN jangan hanya tabur janji manis di Bagan Datuk
Asmuni Awi
Parti Amanah Negeri Perak mengingatkan semua pihak agar tidak menabur janji-janji manis semata-mata berkaitan pembangunan di Daerah Bagan Datuk hanya kerana ahli parlimennya adalah juga Timbalan Perdana Menteri yang pertama dari Perak.
Pengerusi Amanah Negeri Perak Asmuni Awi berkata kebimbangan tersebut adalah kerana banyak projek yang telah pun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) belum dilaksanakan oleh pihak kerajaan BN yang memerintah.
"Dalam masa yang sama, kerajaan turut mengumumkan bahawa Daerah Bagan Datuk akan dijadikan sebagai Hub Pendidikan, termasuklah pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan.
"Kerajaan juga menjanjikan pembinaan Politeknik Bagan Datuk yang bernilai RM220 juta serta Pusat MARA yang bernilai sebanyak RM6.5 juta.
"Selain itu mereka juga berjanji akan membangunkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menelan kos sebanyak RM150 juta," jelasnya lagi.
Kata Asmuni lagi, selain dari itu bilangan projek yang telah dijanjikan di bawah Kerajaan Persekutuan yang akan dibina termasuklah jambatan yang menghubungkan Pasir Salak dan Bagan Datuk yang berharga RM350 juta.
"Parti Amanah Negeri Perak juga menuntut kerajaan menunaikan janji mereka iaitu membina laluan dua hala Hutan Melintang ke Bagan Datuk yang akan dinak taraf dengan kos RM90 juta.
"Begitu juga dengan apa yang telah mereka laung-laungkan selama ini untuk membina Kompleks Sukan berharga RM31 juta mesti ditunaikan.
"Janji kerajaan negeri Perak dalam pembentangan bajet 2017 akan membangunkan Bagan Datoh Water City dalam daerah Bagan Datuk mesti juga mereka laksanakan tanpa membiarkan ia hanya menjadi janji-janji kosong semata-mata," tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, Amanah Negeri Perak tidak menafikan keperluan pembangunan yang ingin dibuat, walau bagaimana pun adalah diharapkan semua projek-projek yang dijanjikan benar-benar dapat dilaksanakan.
"Kita tidak mahu apa yang dijanjikan di Bagan Datuk umpama janji kosong sepertimana yang telah terjadi kepada projek MRSM dimana sebelum ini telah dijanjikan pada tahun 2010, malangnya hingga kini masih belum nampak bayangnya.
"Apa pula nasib cadangan pembinaan UiTM sebelum ini yang telah berkali-kali diumumkan, tetapi tidak pula dimasukkan dalam RMK11.
"Jangan hanya pandai membuat janji untuk meraih sokongan, sebaliknya lemah dan gagal dalam pelaksanaan," tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment