Pages

Monday, 23 January 2017

[Video] Mahathir akan TURUN Ke PELUSUK FELDA BONGKAR Setiap SALAH LAKU Najib! Kit Siang: Salam perdamaian kepada Hadi bukan hiprokrasi & Pas tak perlukan Mahathir? Jangan sombong!

Isnin, 23 Januari 2017


Salam perdamaian kepada Hadi bukan hiprokrasi - Kit Siang


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menegaskan salam perdamaian yang dihulurkan kepada PAS adalah ikhlas dan bukan hanya sekadar tindakan berpura-pura.
Lim berkata keutamaan bagi Malaysia sekarang adalah untuk menangani masalah kleptokrasi.
"Berhubung dakwaan DAP bersikap hipokrit sekiranya kami kembali bekerjasama dengan PAS, saya serahkan kepada orang ramai untuk menilainya.
"Kita boleh berbeza pendapat, tetapi isu terbesar besar sekarang ialah sama ada kita boleh membebaskan diri daripada cengkaman kleptokrasi.
"Paling utama adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi dan setiap rakyat seharusnya bersatu dalam isu ini, tanpa mengira kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP di Pulau Pinang.
Semalam, Lim menyuarakan pendapat peribadinya bahawa dirinya sedia bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika beliau berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.
Katanya, isu itu akan menjadi agenda negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang dan menyoal jika Abdul Hadi sanggup membuat sebarang komitmen.
Ini, menurut Lim hari ini, adalah hanya pandangan peribadinya yang belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Pusat DAP.
Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dalam temu bual dengan sebuah akhbar di Singapura, semalam berkata, partinya memilih untuk melupakan PAS dan sebaliknya mahu mengukuhkan kerjasama dengan DAP bagi menghadapi PRU.
Muktamar PAS pada tahun 2014, sebulat suara bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Ini susulan DAP menuduh PAS mahu mencapai matlamat teokratik, yang bertentangan dengan rangka perjanjian kerjasama Pakatan Rakyat yang tumbang selepas itu.
Berikutan itu, Pakatan Harapan (HARAPAN) ditubuhkan di antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang adalah kumpulan serpihan PAS.
HARAPAN juga secara rasmi menjalankan hubungan kerja dengan satu lagi kumpulan serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Malaysiakini.

Pas dakwa tidak perlukan pemimpin 'diktator angkuh' seperti Mahathir

Para pemimpin Pas menegaskan parti itu tidak memerlukan pemimpin seperti Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan mereka sebagai angkuh dan diktator.
Ketua penerangannya, Nasruddin Hassan menyifatkan Mahathir sebagai pemimpin yang angkuh manakala Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Zuhdi Marzuki pula melebelkannya sebagai diktator.
"Pas tidak perlukan pemimpin angkuh seperti Tun Mahathir. Tun Mahathir sebenarnya bukan merendahkan Pas tetapi gerun dengan keupayaan Pas," kata Nasrudin sebagaimana dilaporkan oleh media rasmi Pas, Harakahdaily.
Menurut ahli parlimen Temerloh itu, target utama Tun Mahathir bukan untuk mengalahkan Umno tetapi sasaran utama beliau ialah Pas.
"Hasil dendam dan keangkuhan beliau yang gagal menundukkan Pas agar menurut kemahuannya menyebabkan beliau meletakkan Pas sebagai musuh utama," dakwa Nasrudin.
Sebelum ini, naib presidennya, Datuk Mohamad Amar Abdullah berkata, Pas sedia bekerjasama dengan Bersatu tetapi menolak Dr Mahathir.


  • Sebelum "THE FASHIONABLE HEAD-GEAR" mengelar Tuan sebagai angkuh dan pensayarah tahap tadeka mengelar Tun sebagai Dictator, elok lah kamu berdua cermin muka dahulu dengan mengingat kembali kata kata para pemimpin kamu yang lain yang tidak mencerminkan Parti kamu yang konon nya memperjuang kan "ISLAM" dan suka bercakap dolak dalik.
    Kemunculan Tun Mahathir ada lah untuk memperbaiki system pemerintahan yang angkuh dan "DICTATOR" sehingga menyukar kan kehidupan rakyat terbanyak. Hoi kamu berdua tak nampak ke?. Yang menyukai pemerintah yang angkuh dan dictator ada lah parti kamu sehingga nak menjadi "KING MAKER" konon. "KING MAKER" apa kalau skandal 1 MDB dan kemasukan wang sebanyak RM 2.6 billion kedalam akaun se seorang yang kamu sanjung itu di diam kan begitu sahaja.
    Semasa aku menyertai parti kamu yang telah hilang arah tujuan itu setiap kali ada usrah dan ceramah kerap mengingat kan para ahli agar melawan kemungkaran. Kini kelihatan Tun yang memperjuangkan nya. Dari sudut mana jongos jongos berdua menuduh beliau angkuh dan dictator?


      • Avatar


        Diktator politik atau apa diktator pun, dr mahathir telah pun pencen. Skrg dia mau bersama rakyat. Dia sudah di hujung usia. Sebagai org islam kita sepatutnya berdoa supaya dia beroleh husnul khotimah. Pas konon parti islam tapi dendam kesumatnya mengalahkan firaun.
        DIKTATOR POLITIK pencen yg kini bersama rakyat tentulah lebih bermaruah drpd PELACUR POLITIK yg tegar dgn jenaka otak mereng utk sekadar menjadi king maker @ barua politik.
        Politik matang & sejahtera? Apa tu? Lawak giler lah pas ni. Parti tak guna

      No comments:

      Post a Comment