Kisah Orang banyak Hutang Hantar Orang Pergi Haji Ke Mekah
Ini adalah cerita yang pernah berlaku di zaman dahulukala. Ia tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau mana-mana pihak, sama ada yang masih hidup, sedang mati atau sudah meninggal dunia.
Di sebuah pekan, tinggal seorang lelaki yang tidak menentu dan tidak berapa ketahuan kehidupannya. Beliau bekerja di sebuah kasino dan dalam masa yang sama mempunyai hobi berjudi, minum arak dan berhutang di sana-sana untuk membiayai kehidupannya.
Hidupnya kelihatan agak kaya dan bergaya. Kereta mewah dan rumahnya nampak besar-besar belaka. Tetapi, beliau bukanlah berasal daripada keturunan yang kaya-raya dan mempunyai banyak harta.
Kepada rakan-rakan rapatnya, beliau ada bercerita mengenai hutangnya yang banyak dengan ceti dan harta-harta miliknya dijadikan cagaran untuk mendapatkan wang bagi membiayai gaya hidupnya.
Jumlah bayaran bunga hutang-hutangnya kepada ceti itu tentulah amat tinggi dan boleh membuatkan orang-orang yang mendengarnya geleng kepala. Tetapi, beliau selalu senyum dan relaks saja dalam hidupnya.
Tiba-tiba, lelaki itu membuat keputusan untuk menghantar beberapa adik-beradiknya menunaikan haji ke Mekah.
Hebohlah orang-orang di pekan itu bercerita mengenai kemurahan hati lelaki yang bekerja di kasino dan suka berjudi, minum arak dan banyak berhutang itu.
Entah bagaimana, ada seorang lelaki tua yang dikenali ramai dan dihormati orang di pekan itu yang selama ini mendiamkan diri, tiba-tiba bersuara dengan mengatakan haji mereka itu barangkali tidak berapa mabrur berbanding haji orang lain yang pergi ke Mekah dengan wang sendiri yang sahih sumbernya.
Salahkah teguran lelaki tua itu? oleh Shahbudin Husin

Dua direman 4 hari bagi bantu kes tipu umrah
KUALA TERENGGANU - Dua lelaki termasuk seorang pengarah direman selama empat hari bagi membantu kes penipuan umrah membabitkan kira-kira 3,000 mangsa dengan nilai jutaan.
Perintah reman terhadap suspek masing-masing berusia 28 tahun dan 30-an dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sebelum ini, dua suspek menyerah diri di balai polis besut,semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan YBNT mengesahkan kenyataan berkaitan kegagalannya menguruskan kira-kira 2,000 jemaah menyertai pakej umrah disediakannya.
Bagaimanapun, YBNT menafikan pihaknya menipu 2,418 peserta yang sebahagian membabitkan ramai guru untuk mengikuti Program Umrah anjuran yayasan itu.
Difahamkan, punca penangguhan dan pindaan tarikh penerbangan ke tanah suci seperti yang dirancang pada bulan ini kerana YBNT lewat menerima bajet.
SH.

Penipuan umrah: ADUN mahu T'ganu bertanggungjawab
Kerajaan Terengganu mesti bertanggungjawab terhadap kerugian 4,800 orang peserta ekoran dakwaan kes penipuan umrah yang dikaitkan dengan Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT), kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Terengganu.
Azan Ismail mempersoalkan bagaimana YBNT boleh diberi kepercayaan mengendalikan umrah yang didakwanya tidak cukup syarat pengendalian.
Wakil rakyat itu mendakwa badan itu membelakangkan fungsi pihak berkuasa agama iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM).

"Pihak kerajaan negeri Terengganu mestilah bertanggungjawab terhadap kerugian yang ditanggung oleh 4,800 orang peserta termasuk guru serta ahli keluarga mereka dalam kes kecuaian serta skandal penipuan ini.
"Umrah adalah perkara agama dan sepatutnya pihak berkuasa agama perlu dimartabatkan dalam isu penajaan serta perlu dirujuk kepada pihak MAIDAM dari segi hukum-hakam serta kaedah pelaksanaannya," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Menurut laporan Sinar Harian, polis Besut menerima 40 laporan berhubung kes penipuan pakej umrah dipercayai oleh YBNT yang membabitkan lebih 4,000 mangsa dengan nilai RM14.2 juta.
Menurut polis Besut lagi, orang ramai tampil membuat laporan polis selepas dua lelaki- akauntan dan pengarah eksekutif YBNT ditahan reman minggu lalu.

Selain dua lelaki berkenaan, hari ini seorang lagi ditahan reman, iaitu penolong pengarah, ditahan selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.
Berita Harian pula melaporkan, pihak yang ditahan didakwa melakukan penipuan umrah dengan mengenakan pakej umrah murah.
Peserta umrah dikatakan hanya perlu membayar RM3,000 berbanding pakej bernilai RM6,990, manakala selebihnya dikatakan akan ditaja.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi YBNT berkaitan dakwaan itu.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment