Pages

Monday, 2 January 2017

[Video] Rakyat Ditarik Subsidi Sedang Pemimpin Bermewah-Mewahan! Harga Ikan Kembong Naik 100%...Beli ikan longgok dalam pinggan.

Selasa, 3 Januari 2017

Image result for ikan longgok
Minta-minta dia panjang umur, dapat admin makan ikan murah2 lagi..kikiki!!

Otai BERSIH
Harga Ikan Kembong Naik 100%, Dari RM6 kini RM12 sekilo
Kembong biasanya dijual antara RM6 atau RM7 sekilo.

Foto Suara Rakyat.
Apa tujuan menteri MELAYU beragama Islam masuk pusat judi ??!!

Pusat judi itu tempat apa ??!!

FAKTA:
Duit 1MDB diguna bayar hutang judi di Las Vegas sebanyak USD11 juta (kira2 RM49 juta).
Foto Suara Rakyat.
Amalan Wasatiyyah (Bersederhana) Setiap Kali Sambut Tahun Baru..

Tahun lps di Dubai, KINI KE AUSTRALIA..
Apa nak bising-bisingkan. Dia bukan guna duit dia pun, duit rakyat duit dialah.
INGAT, SIAPA YANG UNDI BN & beri mandat kepadanya?
PADAN MUKA KORANG !!!

Beli ikan longgok dalam pinggan

Tahun baharu 2017 menyaksikan harga barangan makanan terutama kategori barang basah semakin mahal.
Rata-rata pengguna terutama kaum ibu mengeluh dengan harga santan dan pelbagai jenis ikan di pasaran yang sudah sampai tahap mampu lihat, bukan mampu beli.
Tinjauan Malaysia Dateline di pasar pagi Bukit Sentosa, Hulu Selangor hari ini turut menyaksikan mahalnya harga pelbagai jenis ikan, udang dan sotong.
Beberapa peniaga yang ditemubual mengakui mereka terpaksa menjual harga sedemikian dengan margin untung yang kecil kerana telah menerima harga yang sudah sedia tinggi daripada pembekal.
Ikan kembung yang sebelum ini dianggap ikan yang lazim jadi pilihan marhaen misalnya sudah dijual RM15 sekilo manakala selar dan kerisi masing-masing dijual RM14 dan RM13 sekilo.
Keluarga yang dalam usaha berjimat dalam perbelanjaan dapur mungkin hanya mempunyai pilihan membeli ikan pelaling, cencaru dan ikan sardin yang dijual pada harga RM9 kilogram selain keli RM7 sekilo manakala sekilo talapia RM10.
Sementara itu, banyak jenis ikan lain serta udang, sotong dan kerang sudah di tahap bukan lagi harga mampu beli bagi mereka yang berpendapatan rendah walaupun ekspo pertanian dan makanan antara terbesar di rantau ini, Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show (MAHA) diadakan sejak 2002.
Rata-rata barang basah tersebut sudah berlegar pada harga melebihi RM20. Antaranya, ikan senangin dan nyok-nyok masing-masing RM22, jenahak (RM26), bawal (RM25), pari (RM24), udang kecil (RM22) serta sotong (RM20) manakala kerang dan siakap sekilo masing-masing RM18.

No comments:

Post a Comment