[Video Naga pun tunjuk protest?] Aiskrim berperisa nasi lemak & Tetamu makan kenduri atas sampan.
Selasa, 31 Januari 2017
Aiskrim berperisa nasi lemak
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 JANUARI 2017
Aiskrim berperisa nasi lemak ini boleh didapati di Alor Setar,Kedah. - gambar diambil dari Instagram
ALOR SETAR - Dek kerana rakyat Malaysia yang memang sukakan makanan nasi lemak, maka jangan terkejut apabila telah wujud aiskrim berperisan makanan tersebut di sini lapor The Vocket.
Aiskrim tersebut merupakan salah satu menu di sebuah kedai baru bernama Skream Softserve yang terletak di Caffe Diem, Alor Setar.
Uniknya aiskrim ini kerana ia bukanlah nasi lemak yang diletakkan di dalam bekas aiskrim tetapi aiskrim sebenar yang mempunyai rasa makanan ruji rakyat Malaysia ini.
Jadi kepada para penggemar makanan, mungkin anda boleh cuba masukkan menu ini dalam senarai anda.
SH.
Banjir: Tetamu makan kenduri atas sampan
WARTAWAN SINAR HARIAN
31 JANUARI 2017
Tetamu menikmati hidangan kenduri di atas bot berikutan kawasan rumah pengantin dinaiki air setinggi satu meter.
PEKAN - Walaupun terpaksa menganjurkan majlis perkahwinan ketika banjir, namun ia memberikan kenangan bermakna buat pasangan pengantin muda di Kampung Baru Pulau Keladi kerana keunikan majlisnya.
Tetamu dijemput menaiki bot sejauh 200 meter dari jalan utama untuk ke rumah pengantin perempuan dinaiki air setinggi satu meter itu bagi meraikan pasangan pengantin Nur Salleha Ariffin, 18, dan Mohd Isa Mohd Ali, 20.
Malahan ada antara mereka menikmati hidangan nasi atas sampan.
Nur Salleha berkata, sebanyak 20 bot milik penduduk kampung disediakan bagi mengambil tetamu termasuk rombongan pengantin lelaki dari Melaka.
Menurutnya, keputusan meneruskan majlis perkahwinan itu walaupun ketika banjir dibuat atas persetujuan keluarga kedua belah pihak.
"Jemputan sudah dibuat awal tetapi banjir di kampung ini berlaku dua hari sebelum majlis berlangsung kerana air naik mendadak.
"Semua keperluan dah siap sedia maka kami ambil keputusan untuk teruskan majlis dengan insiatif sediakan bot milik jiran dan penduduk berdekatan.
"Kami mulanya tetap rasa bimbang.. takut tak ada orang datang dan makanan tidak habis, jadi membazir pula nanti," katanya.
Nur Salleha berkata, mereka sekeluarga bersyukur apabila majlis berlangsung dengan meriah dan lancar serta terharu apabila tetamu yang hadir tetap menikmati hidangan walaupun terpaksa makan di atas bot.
Menurutnya, tingkat atas rumah tidak ditenggelami banjir dapat digunakan untuk ruang pelamin dan persediaan makanan.
"Kebanyakkan penduduk kampung berkenaan tidak berpindah ke pusat pemindahan kerana air hanya paras pinggang namun berharap banjir segera surut," katanya.
No comments:
Post a Comment