Pages

Friday, 24 February 2017

[Video Jong-nam: Analisis awal ada bahan 'senjata kimia'] Suspek wanita bunuh Jong-nam muntah-muntah? Najib mesti bertanggungjawab & Najib akan MENGUNDANG BAHAYA!

Jumaat, 24 Februari 2017

Hingga 17 Februari kemarin Siti Aisyah ditangkap pihak kepolisian Malaysia karena terlibat pembunuhan Kim Jong Nam
Sumber Gambar: facebook/ar.shanty.547 /Loop

Foto Parti Amanah Negara.
Najib bertanggungjawab

Foto Parti Amanah Negara.

NAJIB MENGUNDANG BAHAYA
Saya telah beberapa kali mengingatkan kepada kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berusaha mengekalkan Malaysia sebagai juara dalam perjuangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). Allahyarham Tun Abdul Razak berhempas pulas menjadikan ASEAN sebagai negara berkecuali. Beliau telah membentuk The Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN).
Kemudian perdana menteri Tun Dr Mahathir Muhammad, bersama rakan-rakan terutama dari India dan Afrika berusaha menjadikan NAM sebagai satu pertubuhan yang dihormati dan Malaysia di antara negara yang mempelopori perjuangan negara yang berkecuali. Nama Malaysia sentiasa harum terutama apabila selalu dijemput sebagai pendamai yang diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mutakhir ini, perdana menteri Najib Tun Razak sedang membawa Malaysia ke arah negara yang memihak kepada suatu negara atau kuasa besar. PBB telah membuktikan Malaysia telah terlibat bersama dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi dan sekutunya untuk menyerang sebuah negara arab yang miskin. Terbaru, berlaku pula rondaan laut antara tentera Malaysia dan China. Tindakan ini bakal mengundang tentera Amerika Syarikat membuat rondaan yang sama di kawasan perairan Laut China Selatan.
Sekarang terjadi pula peristiwa pembunuhan adik kepada Presiden Korea Utara di mana kerajaan Korea Utara menolak sama sekali kewibawaan polis dan Kerajaan Malaysia menyiasat pembunuhan itu. Maruah dan imej Malaysia begitu jatuh di peringkat antarabangsa.
Jangan jadikan Malaysia sebagai tempat pertarungan kuasa-kuasa besar. Jangan ulang kesilapan-kesilapan yang berlaku di Afghanistan, Syria, Iraq serta Yaman yang boleh dilihat secara jelas pelbagai kumpulan ada proksi dibelakang mereka. Ada kumpulan yang disokong oleh Perancis di Syria. Ada kumpulan yang di sokong oleh Britain, Amerika, Saudi, Qatar dan Turki. Ada kumpulan yang disokong oleh Iran, akhirnya berlaku pertarungan proksi di bumi Syria, dan di bumi Iraq yang menyebabkan rakyat bergelimpangan mati dan jutaan menjadi pelarian.
Malaysia sebuah negara yang terkenal dengan keamaanan namun sekarang sedang berada dalam kancah pertarungan kuasa-kuasa besar untuk merebut perairan di kawasan ini. Najib bertanggungjawab terhadap keadaan yang berlaku ini. Rakyat Malaysia hendaklah bekerja keras untuk menolak rejim Barisan Nasioanal yang diketuai oleh Najib yang membawa negara ke arah yang tidak selesa pada masa yang akan datang. Selain daripada isu ekonomi yang melanda negara, sekarang pula negara dilanda masalah keselamatan negara dan keselamatan awam.
MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
(23 Februari 2017)


IGP: Suspek wanita bunuh Jong-nam muntah-muntah



Seorang daripada dua suspek wanita asing yang ditahan reman mengalami muntah-muntah dipercayai akibat terkena bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang wanita berkenaan mengalami muntah tetapi tidak memberitahu identiti suspek yang ditahan dalam kes pembunuhan 13 Feb itu.

"Dia muntah-muntah... mungkin kesan daripada bahan kimia itu," katanya ringkas ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sebelum berlepas untuk menunaikan ibadat umrah di Makkah.
Khalid mengulas soalan wartawan sama ada wanita yang terbabit itu terjejas dengan kesan agen saraf VX, yang diklasifikasikan sebagai senjata pemusnah besar-besaran oleh PBB.
Sebelum ini, beliau berkata laporan analisis awal Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia 'Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate atau agen saraf VX digunakan dalam pembunuhan itu.
Beliau enggan mengulas lanjut.
Kim Jong-nam meninggal dunia selepas diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Februari 13.
Polis menahan seorang wanita Vietnam dan seorang lagi wanita warga Indonesia yang disyaki menyembur atau menyapu muka Jong-nam dengan sejenis cecair.
Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Susulan kes pembunuhan Jong-nam itu, polis Malaysia menahan empat suspek - seorang wanita menggunakan pasport Vietnam, seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki rakyat Malaysia dan seorang lelaki warga Korea Utara.
Lelaki warga Malaysia itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Malaysiakini.

1 comment:

  1. saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di ((( 0823 1366 9888 ))) saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau >
    KLIK DISINI



























    saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di ((( 0823 1366 9888 ))) saya sangat bersyukur kepada allah karna/ melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau >
    KLIK DISINI






    ReplyDelete