Pages

Friday, 24 February 2017

[Video Demo Lor Ni (Pas) Tok Supo Mulo] 'KERANA HUTANG IMDB' Najib TUNDUK kepada CHINA KOMUNIS! Siasat skandal Forex Bank Negara jangan sampai lupa 1MDB.

Jumaat, 24 Februari 2017

Foto Otai BERSIH.

NAJIB TUNDUK DENGAN CHINA KOMUNIS KERANA HUTANG IMDB.

Satu persatu penghinaan dari negara luar yg terpaksa diterima oleh negara kita dibawah pentadbiran Dato' Seri Mohd Najib.

Walaupun negara kita diperlakukan sedemikian rupa namun Dato Seri Mohd Najib selaku perdana menteri kita hanya berani dan lantang berkata-kata didalam negara sahaja.

Lebih menyedihkan lagi, Dato Seri Mohd Najib bukan sahaja tidak berani mengambil sebarang tindakan terhadap negara luar yg mencaci dan memburuk-burukkan negara kita malah suaranya juga tidak kedengaran demi untuk mempertahankan maruah negara dan maruah dirinya diperingkat antarabangsa.

Kesimpulannya, Pemimpin yg disanjung tinggi oleh seluruh ahli UMNO ini hakikatnya telah hilang identiti dirinya semenjak skandal 1MDB dan RM2.6 billion terbongkar dan semenjak itu jugalah negara kita terus diaibkan sehingga sekarang.

Yang menjadi tandatanya kita, adakah Dato' Seri Mohd Najib akan dapat terus mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri kita selepas PRU14 nanti ????

Sama-samalah kita fikir-fikirkan.




Siasat skandal Forex Bank Negara jangan sampai lupa 1MDB

 | MALAYSIA DATELINE
Skandal 1MDB mencemar imej Malaysia di mata dunia.
Skandal 1MDB mencemar imej Malaysia di mata dunia.
Walaupun mengalu-alukan penyiasatan skandal Forex Bank Negara, PKR menggesa satu Suruhanjaya Diraja yang mempunyai kredibiliti dan kuasa yang meluas ditubuhkan bagi menyiasat skandal itu termasuk membuka kembali siasatan skandal 1MDB.
Malah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak juga digesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal 1MDB yang kini menjadi perhatian dunia.
Pengarah Biro Strategi PKR Sim Tze Tzin berkata, tindakan pentadbiran Najib menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyiasat skandal Forex BNM yang berlaku lebih 30 tahun lalu tetapi membubarkan pasukan petugas khas siasatan 1MDB 6 bulan yang lalu, menunjukkan sikap hipokrasi kerajaan.
Pasukan petugas khas siasatan 1MDB ketika dibentuk dianggotai Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aziz, Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ia dibubarkan sebaik sahaja Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik peguam negara menggantikan Abdul Gani.
"Pendirian PKR adalah mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Skandal Forex BNM dan juga penubuhan Suruhanjaya Siasatan Skandal 1MDB juga. Segala skandal raksasa yang merugikan rakyat harus disiasat dan didakwa ke muka pengadilan," tegas Sim.
Menurut Sim, laporan Suruhanjaya Diraja boleh digunakan sebagai asas kukuh untuk menuntut aset dan wang bernilai berbilion ringgit daripada kerajaan Amerika Syarikat.
Aset dan wang milik 1MDB itu, katanya amat diperlukan Malaysia untuk menyelesaikan hutang 1MDB yang kini amat terdesak.
"Wang dan aset tersebut sekarang telah dibekukan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat. Pada hemat kami, penubuhan Suruhanjaya Diraja siasatan 1MDB bukan sahaja boleh mencari kebenaran tetapi boleh juga mendapat wang balik dari Amerika Syarikat. Ini lebih berbaloi," ujarnya.
Siasatan terhadap skandal 1MDB, ujarnya adalah mendesak kerana beberapa negara seperti Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat telah mengambil tindakan serius terhadap jenayah penyelewengan dana 1MDB termasuk menutup bank, menghukum penjara pekerja bank yang mempunyai kaitan dengan jutawan kontroversi Jho Low dan menyita aset.
Bagaimanapun, tambah beliau tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap pihak-pihak terbabit dalam skandal 1MDB di negara ini malah seorang demi seorang pasukan petugas khas bersara daripada perkhidmatan kecuali ketua polis negara.
"Jika kerajaan boleh melantik Tan Sri Sidek Hassan yang telah bersara dalam pasukan khas siasatan Forex BNM, PKR mencadangkan supaya Suruhanjaya Diraja boleh melantik high-powered individu seperti Tan Sri Zeti dan Tan Sri Abu Kassim ke dalam Suruhanjaya Diraja tersebut.
"Ini akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap siasatan tersebut," katanya yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

No comments:

Post a Comment