Pages

Tuesday, 21 February 2017

[Video] "Bagaimana video CCTV kes bunuh Jong-nam boleh bocor." Kerajaan perlu jelaskan penyebaran CCTV insiden serangan Kim Jong-nam.

Selasa, 21 Februari 2017

Kerajaan perlu jelaskan penyebaran CCTV insiden serangan Kim Jong-nam

 | MALAYSIA DATELINE
Kamera litar tertutup ketika berlaku insiden Kim Jong Nam diserang dua wanita tidak dikenalinya di KLIA disiarkan media asing sepatunya tidak berlaku.

Kamera litar tertutup ketika berlaku insiden Kim Jong Nam diserang dua wanita tidak dikenalinya di KLIA disiarkan media asing sepatunya tidak berlaku.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub mahu kerajaan menjelaskan bagaimana rakaman CCTV yang memaparkan pembunuhan abang tiri presiden Korea Utara, Kim Jong-nam boleh terlepas ke tangan media antarabangsa yang boleh mencemarkan imej negara.
Katanya, sama ada video itu secara fizikal atau melalui apa sekalipun boleh bolos kepada tangan pihak asing adalah sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku di negara ini.
“Peristiwa malang ini akan mengakibatkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan kita akan menjadi semakin menurun.
“Ia juga melibatkan integriti negara kita di mata dunia,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah di Kuala Lumpur hari ini
Salahuddin AyubSalahuddin AyubKatanya lagi penyebaran video itu di beberapa negara seperti di Jepun dan Singapura akan terus mencalarkan imej negara yang semakin buruk.
“Paling saya bimbang ada pihak-pihak nanti akan mengambil kesempatan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pembunuhan politik.
“Ini yang sangat kita bimbang,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan amalan salah guna kuasa atau rasuah menjadi sebab mengapa rakaman CCTV itu bocor.
“Saya sangat bimbang budaya rasuah semakin berleluasa dalam negara kita. Saya rasa orang tidak takut, pegawai tempatan atau pihak lain yang memang sentiasa mencari peluang sama ada melakukan jenayah, salahguna kuasa dan mereka tidak takut.
“Asalkan ada imbuhan, wang yang munasabah, mereka boleh dapatkan apa sahaja dari negara kita.
“Itu yang saya paling bimbang bahawa amalan ni telah menjadi suatu yang mengancam keselamatan negara. Rasuah telah menjadi musuh negara,” katanya.
Salahuddin berharap pihak bertanggungjawab khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak akan tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat.
“Bagi saya ia bukan satu isu kecil. Bukan satu perkara yang boleh diremehkan atau dipandang ringan.
“Ini merupakan satu isu melibatkan integriti, maruah, keselamatan negara. Bagi saya adalah terlalu malang sekiranya negara kita terus dicemuh dengan tragedi atau insiden seperti ini,” katanya.

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




    ReplyDelete