Misteri pembunuhan Kim Jong Nam yang sebelumnya menimbulkan teka-teki kini sudah bermula ke tahap baru apabila kronologi pembunuhan tersebut di dedahkan ...
Persoalan bagaimana rakaman CCTV KLIA 2 yang merakamkan tragedi pembunuhan Jong nam boleh terlepas ke tangan media asing dan ditayangkan dibeberapa buah negara diantaranya Jepun dan Singapura beberapa hari yang lalu.
Kebimbangan kepada amalan rasuah dan penyelewang kuasa yang berleluasa adalah faktor utama yang memungkinkan berlakunya kebolosan video pembunuhan Jong nam ke tangan pihak asing yang pastinya merumitkan lagi siasatan kematian rakyat Korea Utara ini.
SALAHUDDIN AYUB
Timb Presiden
Parti Amanah Negara
Timb Presiden
Parti Amanah Negara
Amanah bimbang munculnya persepsi 'Altantuya 2'
Amanah khuatir kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-nam minggu lalu akan melahirkan persepsi 'Altantuya 2' di peringkat antarabangsa.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 dengan diakhiri hukuman gantung terhadap dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) pada 2015 telah cukup menjejaskan imej negara ini.
"Sudah cukup wibawa dan integriti negara tercemar dengan misteri pembunuhan kejam Altantuya yang motif kematiannya masih menjadi rahsia sehingga kini," ujarnya pada sidang media di Wisma Amanah hari ini.
Menurutnya, lolosnya beberapa bahan bukti utama dalam kes pembunuhan Kim Jong-Nam adalah satu lagi insiden malang yang pasti memberi kesan buruk kepada imej dan tahap integriti Malaysia di mata masyarakat dunia.
"Ancaman bocornya pintu keselamatan negara atau porous border, adalah persoalan bagaimana rakaman CCTV (kamera litar tertutup) KLIA2 yang merakamkan tragedi pembunuhan Jon-Nam boleh terlepas ke tangan media asing," katanya.
Kebolosan rakaman yang ditayangkan di beberapa negara seperti Jepun dan Singapura beberapa hari lalu itu, jelasnya, dibimbangi berpunca daripada amalan rasuah dan penyelewengan kuasa yang berleluasa yang merumitkan lagi siasatan kes berprofil tinggi itu.
Dibimbangi juga, katanya, terdapat pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan menjadikan Malaysia destinasi pembunuhan politik.
Sehubungan itu, Salahuddin mendesak Perdana Menteri dan anggota Kabinet bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden kebolosan bahan bukti tersebut.
"Maruah Malaysia sangat tercemar dan terkesan terutama kerana ianya melibatkan isu betapa rapuhnya pintu keselamatan negara," tegasnya.
Ditanya pemberita tentang arahan kerajaan memanggil pulang Duta Besar Malaysia di Pyongyang, beliau berkata, sehingga hari ini kes pembunuhan tersebut tidak dapat diselesaikan secara diplomatik.
"Mereka (Korea Utara) tidak percaya penyiasatan di pihak kita. Saksi-saksi ada mendakwa dilayan kasar," tambahnya lagi.
Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah kes pembunuhan berprofil tinggi yang pernah berlaku di Malaysia.
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
ReplyDeleteSaya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...