Pages

Friday, 3 February 2017

[Video] Bukti PELINGKUP Tabung Haji sekarang Umno, bukan Cina DAP! MB Perak tak perlu berlakon lah! Jadi bahan ketawa rakyat?

Sabtu, 4 Februari 2017
Foto Suara Rakyat.
FAKTA: Pengkhianat melayu wajib perlu dihukum berat..
Pengkhianat melayu punya angkara, cina-DAP yang disalahkannya..



IPOH, 3 FEB: Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang menyamar sebagai pekerja pembersihan sampah tidak kurang mendapat publisiti media.
Beliau, semalam menyertai pekerja am Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakukan kerja-kerja pembersihan sampah sarap di beberapa kawasan di Buntong, dekat sini.
Namun, di sebalik ‘lakonan’ itu, Zambry dinasihat supaya mengutamakan kebajikan kakitangan awam negeri Perak khususnya pekerja bawahan yang semakin terhimpit dengan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Nga Kor Ming, Pengerusi DAP Perak, Ahli Parlimen Taiping
Menurut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, dibawah pentadbiran Zambry selama 8 tahun, kedudukan negeri Perak telah merosot menjadi negeri kedua paling miskin di Malaysia.
Ia dikuatkan dengan fakta bahawa lebih 21 peratus rakyat Perak berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan malah mencatat rekod mempunyai jumlah keluarga miskin yang paling ramai di seluruh negara.
“Mengikut laporan Jabatan Perdana Menteri,  120,000 buah isi keluarga di Perak mempunyai pendapatan kurang dari RM2,300.00, jumlah bilangan ini adalah jumlah yang paling ramai diseluruh Malaysia.
“Sebagai ketua kepada kerajaan negeri, Zambry wajib memikul tanggungjawab menjaga dan membela kebajikan penjawat awam khususnya pekerja-pekerja bawahan yang berpendapatan rendah seperti pekerja tukang sampah yang kini terhimpit dengan kenaikan harga pelbagai barang dan cukai GST.
“Tindakan Menteri Besar menyamar sebagai pekerja mengangkut sampah menunjukkan Zambry sudah hilang fokus dan tidak peduli kebajikan rakyat sebaliknya hanya ghairah untuk mencari publisiti murahan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Taiping itu menyarankan supaya Zambry berhenti bersandiwara yang kini menjadi bahan ketawa rakyat negeri itu.
“Sebagai Menteri Besar, beliau harus mengikut teladan baik kerajaan Pulau Pinang dan Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Harapan.
“Kedua-dua kerajaan negeri ini berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan baik dan secara berhemah sehingga memberi bonus rekod 1.5 bulan dan dua bulan kepada penjawat awam negeri itu manakala kakitangan awam di negeri Perak hanya menerima sekadar RM500.00 sahaja,” gesa Nga yang juga Penolong Bendahari DAP Kebangsaan.
Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor juga telah mengecualikan bayaran cukai pintu untuk rumah kediaman di kampung tradisi Melayu, kampung baru, rumah kos rendah dan rumah pangsa.
“Pakatan Harapan menuntut supaya Zambry mengemukakan langkah-langkah kerajaan untuk menambah pendapatan kakitangan awam khususnya pekerja bawahan di negeri ini.
“Cukuplah dengan sandiwara dan wayang kulit yang tidak membawa manfaat kepada rakyat,” katanya lagi. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment