Pakatan Harapan Sabah bersatu untuk tumbangkan BN pada PRU14 – Hamzah Abdullah
KOTA KINABALU: Pemeteraian Deklarasi Pakatan Harapan Sabah pada Ahad lalu, merupakan simbolik kesatuan dan kesepaduan gabungan itu menghadapi BN pada PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi, tegas Pengerusi AMANAH Sabah, Hamzah Abdullah.
Katanya kepada Amanahdaily, Pakatan Harapan Sabah telah mempersetujui pada dasarnya dalam pembahagian kerusi yang bakal ditandingi sama ada diperingkat Dun mahu pun Parlimen.
Kesepakatan untuk bersama dengan parti-parti lain juga, katanya, telah diperakui dan parti-parti lokal di Sabah juga telah sedia maklum berkaitan pendirian Pakatan Harapan Sabah ini.
Pada 8 Januari lalu, Pakatan Harapan Sabah telah dilancarkan secara rasminya di Dewan Hakka, Kota Kinabalu dan turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Amanah Daily.
Kenyataan M tehadap Najib
Sabah minta 20% hasil minyak Gas Sabah,
Bukan Saham 10% ..
Cara halus mengaburi menteri di Sabah.
Bukan Saham 10% ..
Cara halus mengaburi menteri di Sabah.
No comments:
Post a Comment