Pages

Thursday, 6 April 2017

Tak perlu tanggal baju untuk sertai kami & Hanya 11 penyokong PAS ke Parlimen sokong Hadi?

Jumaat, 7 April 2017

RUU 355: Hanya 11 penyokong PAS ke Parlimen sokong Hadi

 | April 6, 2017
Wakil kumpulan itu berkata, pihaknya pada asalnya menyasarkan 3,000 penyokong akan hadir memberi sokongan kepada Abdul Hadi Awang.
ruu-355
KUALA LUMPUR: Hanya 11 penyokong PAS berkumpul di luar bangunan Dewan Rakyat bagi menyuarakan sokongan terhadap rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang bakal dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kumpulan kecil itu hadir dengan berbaju ungu yang merupakan warna simbolik ketika PAS menganjurkan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, pada 18 Februari lalu.
Wakil kepada kumpulan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nazir berkata, pihaknya menyasarkan 3,000 penyokong akan hadir memberi sokongan kepada Hadi untuk membentangkan RUU 355.
“Kami jangkakan dalam 3,000 orang akan hadir. Tetapi, memandangkan hari ini orang bekerja, kami percaya semua akan berdoa untuk RUU ini,” katanya kepada wartawan.
FMT

Iklan nakal AirAsia: Tak perlu tanggal baju untuk sertai kami

 | April 6, 2017
Ambil kesempatan atas publisiti buruk Malindo Air berhubung proses temu bual memerlukan wanita mendedahkan dada dan kaki, AirAsia kini tampil dengan iklan pengambilan pekerja.
airasia

KUALA LUMPUR: AirAsia melancarkan pengiklanan mencari calon anak kapal yang berpotensi dan ia tidak melepaskan peluang “mengenakan” pesaingnya, syarikat penerbangan Malindo Air.
Di iklan itu tertera: “Kami tidak minta anda tanggal pakaian – Hanya zip dan jadi sebahagian pasukan syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia”.
The New Straits Times melaporkan pengambilan anak kapal AirAsia akan diadakan pada 15 April di Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Malindo Air cuba menepis kritikan wakil rakyat, NGO dan pengguna media sosial mengenai proses temu bualnya yang dilaporkan membabitkan arahan calon wanita diarah membuka baju.
The Malay Mail semalam melaporkan Malindo Air meminta pemohon jawatan pramugari mendedahkan bahagian dada, bahagian kaki dengan mengarahkan skirt diselak, seluar panjang dilipat atau menanggalkan sarung kaki.
Dalam satu kenyataan, Malindo Air berkata proses itu diperlukan untuk memeriksa kesan pada badan pemohon dan ia dilakukan secara tertutup dan profesional oleh penyelia wanita.
Katanya, semua calon diberi taklimat terlebih dulu dan kebenaran diperoleh sebelum pemeriksaan dibuat.
NST dalam laporannya berkata kebanyakan pengguna media sosial melihat iklan AirAsia itu sebagai kelakar.
FMT

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete